saat

1. masa yang sangat pendek:
se~ duduk, baginda pun berangkat masuk;

2. waktu yang panjangnya 1/60 daripada satu minit, detik:
seorang laki-laki berjalan dua meter se~;

3. ketika, waktu:
kami menunggu ~ tibanya.

sa II

[Kedah] mentang-mentang, kerana … maka …:
~ dia kaya, bukan main sombong lagi.

sa I

1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);

2. huruf keempat abjad Jawi.

ruyup

= meruyup
1. sangat mengantuk (berasa atau kelihatan):
matanya ~;

2. turun atau masuk (matahari):
matahari dah ~ apabila ia sampai;

meruyupkan;
~ mata memejamkan (mata).

ruyung I

kulit atau kayu yang keras daripada batang rumbia (enau dan lain-lain);
jika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu (peribahasa) tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha kuat;
awak yang payah membela ~, orang lain yang beroleh sagunya (peribahasa) kita yang berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yang mendapat faedahnya.