sabel I

sejenis mamalia bertubuh kecil yang terdapat di kawasan Artik, mempunyai bulu hitam atau perang gelap yang bernilai tinggi, dan digunakan untuk membuat pakaian seperti kot dan sebagainya, Martes zibellina.

sabda

[bahasa halus] kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah:
maka ~ rasul Allah, adapun namamu Sultan Muhammad;

bersabda berkata, bertitah:
undang tidak dua kali ~ , lembaga tidak dua kali berkata;

mensabdakan mengucapkan, menitahkan:
hadis yang disabdakan oleh Rasulullah.

sabayon

(ERT) pencuci mulut yang pekat dan manis, yang mengandungi kuning telur, wain putih, gula dan perisa.

sabatikal

(di universiti-universiti tertentu dan sebagainya) tahun (penggal, jangka masa) yang bebas daripada mengajar yang diberikan kepada pensyarah (pengajar) untuk tujuan melanjuntukan pelajaran, membuat penyelidikan, dan sebagainya.