mineral yang mengandungi kira-kira 54% uranium.
Author Archives: admin
Sabtu
hari ketujuh dalam seminggu, selepas hari Jumaat.
sabotir
[Indonesia-Belanda];
menyabotir menyabot, mensabotaj.
sabotaj
1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dan lain-lain semasa pertelingkahan politik;
2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dan sebagainya, perbuatan khianat:
syarikat itu terpaksa menghadapi pelbagai ~;
mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dan lain-lain, mengkhianati:
kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dengan memperkukuh bahasa Inggeris;
pensabotaj orang (pihak) yang melakukan sabotaj, pengkhianat:
akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan.
sabot
[Indonesia-Belanda]
1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dan lain-lain (untuk mematahkan gerakan mereka);
2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dan lain-lain;
menyabot
1. memusnahkan barang-barang musuh dan lain-lain (untuk mematahkan usaha mereka);
2. menggagalkan sesuatu usaha dan lain-lain;
penyabotan perbuatan menyabot;
penyabot orang yang menyabot.
sabitah
[arkaik] bintang tetap.
sabit II
[Arab] sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya;
jika ~ kesalahan, dia akan dipenjarakan;
bersabit berkaitan (dengan), berhubungan (dengan):
segala hal ehwal yang ~ dengan tanah mestilah didaftarkan di dalam buku ini;
mensabitkan
1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah:
kesalahan itu telah dapat disabitkan;
2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk ~ semua yang tertuduh;
sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sebagai pengarah syarikat berikutan ~ itu;
Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka daripada mengedar dadah kepada memiliki sejumlah kecil kanabis.
sabit I
1. sejenis pisau yang melengkung (untuk memotong padi, rumput, dan lain-lain);
2. (bentuk) melengkung seperti sabit;
bulan ~ bulan sehari (bulan baru);
menyabit memotong (padi, rumput, dan lain-lain) dengan sabit:
orang tua itu sedang ~ di bendang;
~ kelapa mengait kelapa dengan sabit;
menyabitkan menyabit untuk:
petang itu dia ~ ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka;
penyabit
1. pisau yang digunakan untuk menyabit, sabit;
2. orang yang kerjanya menyabit:
~ rumput.
sabil
1. = ~ Allah, sabilillah, sabilullah jalan kepada Allah;
2. = perang ~ perang untuk mempertahankan agama Islam, jihad;
mati ~ mati dalam menunaikan tugas agama (naik haji, perang sabil, dan lain-lain).
sabi
[sastera lama] sejenis baju kemeja.