sadap

1. [Kedah] sejenis alat yang hulunya lebih panjang daripada hulu sabit, digunakan untuk memotong rumput;

2. = pisau ~ pisau pemotong (penoreh dan lain-lain) untuk mengambil air atau getah daripada pokok:
dikeluarkan ~nya, disadapnya anggur itu;

menyadap
1. mengeluarkan air daripada pokok dengan memotong (menoreh) bahagian-bahagian yang tertentu;
~ kelapa mengambil nira dengan memotong mayangnya;

2. [Indonesia] mengeluarkan darah dan lain-lain dari badan (dengan menggunakan pembuluh getah dan lain-lain);

sadapan sesuatu yang disadap, hasil menyadap:
ia sangat gembira menerima hadiah ~ itu;

penyadapan perbuatan menyadap;

penyadap
1. orang yang menyadap:
maka ada seorang ~ pergi bermain ke laut;

2. alat atau perkakas untuk menyadap (seperti pisau sadap dan lain-lain);

3. [Indonesia] pembuluh getah untuk menampung air kencing.

sadai

bersadai berbaring santai (orang di pantai, buaya di tebing sungai, dan lain-lain), terletak di tempat yang lebih tinggi (perahu yang tidak dipakai), terdampar;

menyadaikan meletakkan perahu di tempat yang lebih tinggi;

tersadai
1. terbaring belunjur (orang sakit dan lain-lain):
sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yang datang;

2. terletak di tempat yang lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar:
tinggallah perahu yang dua buah ~ di atas batu;

3. [Minangkabau] tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yang tidak dipinang orang, dan lain-lain).

sadah

[Minangkabau] kapur sirih;
termakan di ~ (peribahasa) kesal hati kerana tertipu;

= sedah.