sad I

1. huruf ke-14 abjad Arab (mempunyai nilai 90);

2. huruf ke-15 abjad Jawi.

sabut I

kulit yang berserat (kulit nyiur, pinang, dan lain-lain);
bongkok ~ (orang yang) bongkok seperti sabut kelapa (kerana tua dan lain-lain);
tali ~
tali yang dibuat daripada sabut;
untung ~ timbul untung batu tenggelam (peribahasa) kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan).

sabur

1. = ~ limbur bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dan lain-lain), tidak keruan, haru-biru:
maka di dalam ~ itu disendal oleh kepetangan itu keris Tun Bija Sura;

2. = ~ limbur tidak begitu terang, samar-samar;

menyabur
1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dengan orang banyak;

2. menyamar diri di kalangan musuh;

sabur-menyabur kelam-kabut, serbu-menyerbu:
maka Yamtuan Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramuk-amuk itu;

menyaburkan
1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dan lain-lain);

2. menjadikan samar-samar (kabur, tidak terang), menyuramkan.

sabung

adu, laga (ayam, lembu, dan lain-lain):
di gelanggang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara;
~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi
(peribahasa) berserah kepada nasib (untung-untungan);
biar alah ~ asalkan menang sorak (peribahasa) biar harta habis asalkan hati puas;

bersabung
1. beradu, berlaga (ayam dan lain-lain), bertarungan, berlawan;
~ ayam mengadu ayam;
ayam ~ ayam berlaga;

2. [kiasan] bertarung, berlanggaran (ombak, kilat, petir, dan lain-lain);
kilat ~ kilat berlanggaran;
ombak ~ ombak berlanggaran;

3. [kiasan] bertemu (mata, pandangan):
kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~;
angin berputar (bersiru) ombak ~
(peribahasa) perkara yang amat sulit;

menyabung
1. mengadu, melaga (ayam):
ia asyik dengan ~ dan berjudi saja;

2. [kiasan] menggadai, mempertaruhkan (nyawa dan lain-lain):
penghidupan yang berbahaya itu bererti ~ nyawa;
~ untung

a) menyerah pada nasib;
b) membawa nasib;

sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dan lain-lain):
maka berbunyilah guruh petir, kilat ~;

menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan:
beta hendak ~ ayam biring nenek itu;

tersabung
1. selesai diadu, sudah diadu;

2. tidak sengaja diadu;
~ akan itik (induk ayam) (peribahasa) tidak tepat dengan dugaan semula (kecewa);

sabungan yang disabung, yang diadu, aduan;
ayam ~ ayam laga;
seperti ayam ~ (peribahasa) sangat dimanjakan;

persabungan
1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan;

2. tempat menyabung, gelanggang;

penyabungan perbuatan menyabung;

penyabung orang yang menyabung:
maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh.

sabun II

(warna) putih atau putih kekuning-kuningan;
anjing ~ anjing yang putih bulunya;
orang ~ orang yang balar kulitnya;
sakit ~ sakit kencing nanah.

sabun I

sejenis bahan pencuci pakaian (badan dan lain-lain) yang diperbuat daripada lemak dan soda;
~ basuh sabun yang digunakan untuk membasuh (pakaian dan lain-lain);
~ mandi (wangi) sabun yang harum baunya untuk mandi;

bersabun memakai sabun:
kami mandi tidak ~;

menyabun
1. mencuci dengan sabun;

2. menjadi seperti sabun;

penyabunan (Kimia) proses penghasilan sabun daripada lemak melalui pemanasan lemak dengan alkali.

sabuk

ikat pinggang yang dibuat daripada kain (sutera dan lain-lain), bengkung:
maka diurainya ~nya, diikatkannya pada pinggang Tun Menida sekerat.