1. perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, sifat sesuatu pada lahirnya:
kepala binatang itu ~nya seperti kuda;
tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dari luar, tidak mengendahkan;
~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda);
2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka:
perempuan yang elok ~nya;
ada ~ cantik;
3. apa yang tampak (kelihatan), wujud:
tamsil seperti matahari dengan cahaya dengan panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga;
4. bangun, bentuk, tokoh:
menara itu ~nya seperti roket;
dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dengan kasarnya;
5. bagai, jenis, macam:
siap sedia segala ~ juadah untuk hari raya;
mengapa gerangannya hal ini demikian ~;
~ bangsa
a) kerakyatan, kewarganegaraan;
b) sifat-sifat (cara hidup dan lain-lain) bangsa;
~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pada peta, topografi;
~ taip muka taip;
~ boleh diubah, tabiat dibawa mati (peribahasa) terlalu susah hendak mengubah tabiat;
~ harimau hati tikus (peribahasa) nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut;
bagai ~ orang terkena beragih (peribahasa) muka masam kerana rugi dan lain-lain (ketika berbagi barang-barang syarikat);
indah khabar dari ~ (peribahasa) khabar selalunya lebih baik daripada keadaan sebenarnya;
berserupa sama rupanya, bersamaan;
menyerupa [Minangkabau] berlagak atau berlaku seperti, merupakan diri seperti, menyamar (menyaru) seperti;
menyerupai
1. serupa dengan, mirip dengan, hampir menyamai, mengarah-arahi:
hulunya diperbuat daripada kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol;
2. sama dengan, menyamai:
Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yang baharu;
sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika;
3. [Jakarta] meniru(-niru), menyama-nyamai:
lakunya ~ orang tuanya;
menyerupakan
1. menjadikan serupa (dengan), menyamakan (rupanya, aturannya, dan lain-lain):
sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan;
2. mengatakan sama (dengan), menganggap sama (dengan), memisahkan sama (dengan):
ia diserupakan dengan kanak-kanak sekolah menengah sahaja;
keserupaan kesamaan rupa:
sebutan dua ~ dalam cara pembiakan ayam dan katak;
perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan;
rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk):
dikumpulnya ~ barang lama;