runtai

seruntai segugus, seikat (buah-buahan);

meruntai bergantung terayun-ayun, berjuntai;

untai.

runsing

1. cepat marah, suka mengomel (merungut-rungut);

2. = ~ hati sebal hati, risau:
janganlah pula engkau menambah ~ hati mak;

merunsing mengomel, bersungut, merungut;

merunsingkan menjadikan runsing, menyebabkan runsing, merisaukan:
dalam keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan;
perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai;

kerunsingan perihal runsing, kerisauan:
mereka dalam ~;

perunsing orang yang selalu runsing, perisau.

runjung

berupa kelongsong (basung, kerucut);
hantu ~ [arkaik] sejenis hantu yang mulanya nampak kecil kemudian menjadi besar;

merunjung makin ke atas makin lancip (kecil), mengerucut.

runjun

merunjun mengail (ikan haruan) dengan sejenis kail yang panjang batangnya dan umpannya katak hidup.

runjang

merunjang
1. merodok, mencucuk (ke dalam lubang dan lain-lain), menikam, menjolok;

2. [kiasan] meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke mari):
ia ~ ke sana ke mari untuk membuat hubungan.

rungutan

1. perbuatan merungut:
Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil;

2. omelan:
ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yang berkuasa;

perungut orang yang suka merungut, peleter, pengomel.

Rungus II

suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dalam rumpun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di Kudat.

merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel:
ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising;
kelambatan balik dari menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi;

merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel:
pendayung itu ~ kerana wang yang diterimanya itu tidak mencukupi;

merunguntukan merungut mengenai, bersungut sebab:
suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dengan lelaki;
Salmiah merungut-runguntukan keburukan rumah yang disewa;
apa hendak dirunguntukan, bukan jodoh engkau;

rungus I

[Minangkabau];

merungus berbunyi gemuruh (besar), menderam;
~-rungus kecil bernyanyi perlahan-lahan (untuk diri sendiri sahaja).