[Indonesia-Belanda] beg tempat surat-surat;
importir ~ [kiasan] pengimport yang tidak sungguh-sungguh (mencari keuntungan dengan menjual lesen import).
aktif
1. giat (bekerja, berusaha), cergas:
ia sedang ~ dalam pergerakan politik;
ahli-ahli jawatankuasa yang ~;
2. (Linguistik) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek;
ayat ~ ayat yang subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing);
mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan:
~ kembali parti yang hampir mati;
keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dan sebagainya):
kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;
pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengaktifkan.
aktinium
(Kimia) sejenis unsur logam berwarna putih perak, bersifat radioaktif.
aktinoterapi
(Perubatan) perawatan pesakit dengan menggunakan sinaran cahaya.
aktivis
orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif:
dua puluh tahun bukanlah waktu yang pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yang menjadi ~ gerakan kemerdekaan semenjak usia muda.
aktivisme
amalan yang berteraskan tindakan kekerasan untuk mencapai tujuan politik.
aktivitet
[Indonesia-Belanda] aktiviti.
aktiviti
kegiatan:
pegawai daerah ini giat dalam ~ sosial, sukan dan budaya;
beraktiviti melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan.
aktor
1. pelakon lelaki yang membintangi sesuatu filem (televisyen, radio);
2. orang yang berperanan dalam sesuatu kejadian, pelaku.
aktres
pelakon wanita yang membintangi sesuatu filem (televisyen, radio).