sejenis alat muzik yang dimainkan dengan menekan-nekan bahagian-bahagiannya yang tertentu (dengan jari).
akrab I
lebih dekat, karib:
sahabat yang ~;
mengakrabkan mempererat, mengaribkan (persahabatan);
keakraban perhubungan atau pertalian yang sangat erat, perhubungan (pertalian) yang akrab atau karib:
mereka masyarakat yang sedang kehilangan ~ dengan kesenian rakyat mereka yang tradisional;
panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~.
akrab II
[Arab] bintang kala (rasi, gugusan bintang).
akreditasi
proses kawalan kualiti secara luaran terhadap kursus pengajian dalam sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti:
proses ~ ini mampu membawa perubahan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini;
Lembaga A~ Negara;
mengakreditasi memberikan akreditasi kepada sesebuah institusi dan sebagainya:
usaha yang rapi sedang dibuat untuk ~ beberapa buah IPTS yang sedia ada.
akrilik
1. berkenaan bahan, pakaian, atau gebar yang dibuat melalui proses kimia;
2. sejenis cat yang digunakan oleh pelukis.
akrobat
orang yang membuat pertunjukan gerak badan dan sebagainya (di sarkas dan lain-lain) yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran (seperti membuat lompatan-lompatan yang sukar, berayun di kayu buaian yang tinggi, berjalan di atas tali yang direntangkan, dan lain-lain).
akrobatik
gerakan badan seperti yang dapat dilakukan oleh akrobat:
penjaga gol Jordan itu terpaksa melakukan ~ dalam usaha menyelamatkan pintu golnya.
akrofobia
(Psikologi) perasaan takut yang amat sangat apabila berada di tempat yang tinggi.
akronim
kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan (mis RISDA, MARA);
mengakronimkan menjadikan bentuk akronim;
pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim.
akru
terakru
1. (Ekonomi) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (berkenaan (dengan) belanja, faedah, aset dan sebagainya):
aset ~;
faedah ~;
2. (Undang-undang) perlu dijelaskan atau diserahkan kepada empunya hak atau tuntutan:
apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang ~ kepada orang itu.