akit II

= ~ sulai sejenis tumbuhan (pokok), kelat lapis, membatu merah, mengkirai, mensirah, titimah (rengga), Ilex cymosa.

aklamasi

[Indonesia-Belanda] pernyataan menyetujui sesuatu usul dan sebagainya dengan bersuara sahaja atau secara lisan (tidak dengan mengundi).

akliah

[Arab] berkenaan akal fikiran (bukan perasaan):
Mumford masih yakin dengan kemampuan ~ dan kebijaksanaan manusia;
sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-pengalaman Imam al-Ghazali yang terpenting dalam bidang ~ dan rohaniah.

aklimasi

Biologi) penyesuaian (fisiologi dan tingkah laku) sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran.

akne

(Perubatan) sejenis penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak-bengkak kecil seakan-akan jerawat yang tumbuh pada muka dan leher, biasanya di kalangan remaja.

akomodasi

1. tempat untuk makan dan tidur (dalam perjalanan), penginapan;

2. penyesuaian:
pendekatan yang kerap dibincangkan dalam konteks negara kita ialah asimilasi dan ~;

mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras, secocok dan sebagainya dengan sesuatu keadaan (keperluan dan sebagainya):
sebagai anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak untuk ~ budaya ibunda dengan budaya tempatan yang lebih menonjol.