[Arab] sumpah.
aksara
1. huruf;
2. (Komputer) huruf, angka, dan lain-lain yang dapat dilambangkan dengan kod komputer.
aksen
(Linguistik)
1. tekanan suara (bunyi) pada kata atau suku kata;
2. cara seseorang dari sesebuah daerah (negeri dan sebagainya) menyebut kata-kata, loghat, pelat, telor;
3. tanda diakritik;
mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dengan menekankan suara:
suku kata yang diaksenkan;
pengaksenan perihal atau perbuatan mengaksenkan:
~ sesuatu kata atau suku kata.
aksentologi
kajian secara sistematik tentang tekanan bunyi suara.
aksep
[Indonesia-Belanda] surat pengakuan hutang.
akses
1. (Komputer) proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan dan sebagainya) sesuatu data, maklumat dan sebagainya, capaian:
pengguna akan diberi ~ internet secara automatik;
pemohon dipercayai mempunyai ~ kepada rahsia negara;
2. peluang untuk mendekati seseorang:
ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kepada anggota masyarakat kelas atas;
mengakses mendapat atau memperoleh akses kepada sesuatu (fail komputer, data, maklumat dan sebagainya):
sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dengan lebih mudah dan cepat;
dengan cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dengan menggunakan kad pintar.
aksesori
1. bahagian yang merupakan tambahan kepada sesuatu alat dan lain-lain (bukan sesuatu yang perlu ada padanya):
~ kereta;
2. barang yang melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, seperti beg tangan, kasut, rantai, dan sebagainya.
aksi
1. gerakan (perkumpulan politik dan lain-lain), gerak langkah:
perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan;
2. [Indonesia] tindakan bersenjata:
~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia;
3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak:
ia memukul bantal dengan kedua-dua belah tangannya, satu ~ yang menampakkan kesal;
~ sebagai orang kaya;
banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak;
4. elok (pakaian, tingkah laku):
~ benar songkoknya;
beraksi
1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu:
pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas;
2. berlagak, bertingkah laku (yang menunjuk-nunjuk), bergaya:
datangnya lambat, hendak ~ agaknya;
3. berpura-pura, buat-buat:
~ sahaja hendak menolong.
aksiom
pernyataan yang diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata daripada pengalaman sebagai suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi sesuatu huraian.
akta
1. undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dan sebagainya);
2. surat sijil:
~ guru;
3. surat keterangan yang disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah:
~ notaris;
~ syarikat undang-undang yang mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat;
mengaktakan menjadikan sebagai akta (undang-undang):
perkara itu perlu dikaji dengan teliti sebelum diaktakan.