aktif

1. giat (bekerja, berusaha), cergas:
ia sedang ~ dalam pergerakan politik;
ahli-ahli jawatankuasa yang ~;

2. (Linguistik) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek;
ayat ~ ayat yang subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing);

mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan:
~ kembali parti yang hampir mati;

keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dan sebagainya):
kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;

pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengaktifkan.

berkongsi