cacang I

sejenis tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, Bonnaya veronicifolia;
~ layar
sejenis tumbuhan (yang tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, Monochoria hastata.

cacang II

[Kelantan], [Terengganu] cacak;

bercacang berdiri (tegak):
tidak guna kita ~ di tengah panas ini;

bercacangan penuh sesak orang berdiri.

cacap

sejenis air pelebat rambut (dibuat daripada air batang pisang, air akar empelas, dan lain-lain);

mencacap
1. membasahi rambut dengan cacap;

2. [Jawa] membasahi kepala, mengusap-usap kepala;

mencacapi [arkaik] menggenangi, merendami.

cacar I

sejenis penyakit virus yang mudah berjangkit yang berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pada kulit, ketumbuhan;
~ air cacar yang mengandungi air, cengkering, jeluntung;
~ ayam sejenis penyakit ayam;
~ betul = ~ nanah cacar yang mengandungi nanah;
~ lembu sejenis penyakit virus yang mudah berjangkit yang menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kepada manusia);
~ monyet sejenis cacar yang kecil-kecil;
~ palsu campak;

bercacar ditanam benih cacar (untuk mencegah penyakit cacar), bercungkil;

mencacar menanam benih cacar dalam tubuh, mencungkil;

pencacaran perihal mencacar, pencungkilan.

cacat

kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dan lain-lain), cela;
barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit;
apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia;
~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang;
~ akal tidak waras;
~ anggota cacat pada anggota (seperti tidak bertangan dan lain-lain);
~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat;

bercacat mempunyai cacat, bercela;

mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela:
bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya;

mencacati
1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dan sebagainya):
jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu;

2. mencabul, menodai:
~ nama baiknya sendiri;
~ undang-undang
melanggar undang-undang;

mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat:
rokok juga boleh ~ bayi;

tercacat tercela;

cacatan celaan, kecaman, kritik:
jika mendapati apa-apa perkara yang tidak munasabah dalam cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~;

kecacatan perihal (keadaan, sifat, dan sebagainya) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yang menjejaskan sesuatu):
~ ini tidak zahir pada mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya;
~ pada anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya;
~ sembahyang fardu yang tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dan lain-lain;

pencacat orang yang suka mencacat(i), pencela, pencerca.

cacau

1. kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dan lain-lain);

2. menyebut atau melakukan sesuatu dengan tidak tentu perasaan dan fikiran;

3. [arkaik] gugup (kebingungan dan lain-lain);

mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dengan tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau;

cacauan yang disebut semasa mencacau, racauan:
tiada seorang pun yang dapat mengerti ~ Yusof itu;

pencacau azimat untuk mengelirukan atau membingungkan orang.

caci

cela, cerca, nista;
~ maki kata yang keji dan kotor;

bercaci-cacian saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina;

mencaci
1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina:
dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain;

2. = ~ maki memaki-maki dengan kata-kata yang keji dan kotor;

caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain):
untuk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar;

tercaci dicaci, terkeji:
sifat-sifat yang ~;

cacian celaan, cercaan, nistaan;

pencaci orang yang mencaci.

cacil

[arkaik] sangat kecil (kalau dibandingkan dengan pasangannya atau lain-lain).