cacah I

corak atau gambar yang dilukis pada kulit badan dengan cara melukai atau mencucuk-cucuknya dengan benda tajam dan diwarnai, tatu:
tubuhnya dipenuhi dengan ~ bunga terung;

bercacah bergambar pada kulit dengan mencucuk atau melukakan kulit dengan benda yang tajam dan mewarnainya;

mencacah
1. mencucuk-cucuk kulit dengan jarum atau benda yang tajam;

2. membuat gambar pada kulit dengan mencucuk atau melukakannya dengan benda tajam dan diwarnai;

3. menyuntik;

4. [kiasan] menggarap sesuatu dengan cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam:
persoalan itu dicacah secara cermat dan dengan penuh keilmuan;

pencacahan perihal (perbuatan) mencacah:
~ pengalaman melalui manipulasi matematik;

pencacah
1. orang yang mencacah;

2. alat (jarum dan sebagainya) untuk mencacah:
jarum ~.

cacah IV

[Jawa]

1. bilangan, jumlah;
~ jiwa banyaknya penduduk (di sesuatu daerah);

2. catatan tentang bilangan penduduk, banci;

bercacah mempunyai bilangan penduduk;
~ jiwa seribu orang banyaknya penduduk ialah seribu orang.

cacak I

tegak (galah, tiang, dan lain-lain);
~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

mencacak berdiri tegak lurus;
~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar;

mencacakkan
1. menanam sesuatu tegak (di tanah dan lain-lain):
~ tiang bendera;
~ belat
menahan belat;

2. mendirikan, menegakkan:
pelita minyak yang dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan;

tercacak
1. terdiri (berdiri) tegak:
jambul ~ di atas kepala;

2. tertanam, terpancang tegak:
tali itu tergantung pada galah yang ~ di tanah;

3. terbenam (tertanam) ke dalam sesuatu (tanah, badan, dan lain-lain);
~ seperti lembing tergadai (peribahasa) terdiri tegak dan tercengang-cengang.

cacak II

[Minangkabau];

mencacak
1. mencubit;

2. menyeluk saku (kocek);

pencacak penyeluk saku (kocek).

cacamarba

mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian:
akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yang meremehkan peranan kebudayaan Melayu yang sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional.