cabul I

1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (berkenaan (dengan) perbuatan, tindakan, pertuturan, dan lain-lain):
kata-kata ~;
gambar ~;
sastera ~;

2. melanggar adat dan kebiasaan (berkenaan (dengan) kelakuan dan sebagainya), (sangat) buruk:
apa sahaja yang dibuatnya ~ belaka;

3. melanggar larangan (pantang);
~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan-perkataan yang memarahkan hantu-hantu hutan (laut);
perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur;

bercabul
1. berbuat cabul;

2. berjangkit dan merebak (berkenaan (dengan) penyakit), bermaharajalela (berkenaan (dengan) kejahatan, peperangan, dan sebagainya):
ahli-ahli siasah yang bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~;

mencabul, mencabuli
1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dan lain-lain):
maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya;
~ kehormatan (seseorang gadis)
menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis);

2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dan sebagainya):
tujuan NATO ditubuhkan ialah untuk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah daripada dicabuli oleh Soviet;

kecabulan perihal cabul;

pencabulan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dan lain-lain):
langkah-langkah untuk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan;

pencabul orang (pihak) yang mencabul(i) hak, kehormatan, dan sebagainya orang (pihak) lain.

cabut I

1. tarik;

2. keluar (pergi, lari) dari sesuatu tempat:
anak abang itu jangan abang ~ dari sekolah supaya ada pelajarannya sedikit;
~ lari
lari meninggalkan sesuatu tempat dengan segera;

bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus;

mencabut
1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) daripada sesuatu:
~ rumput;
~ ubi kayu;
~ keris;
~ pistol;
~ bulu ayam;
~ uban;
~ gigi;
~ paku;
~ nyawa
ki mengambil nyawa orang, mematikan;

2. mengambil daripada kumpulan atau tompokan (daun terup dan sebagainya), menarik (undian dan lain-lain):
~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor daripada kumpulan untuk menentukan yang bertuah memenangi sesuatu hadiah;
~ undi memilih dengan mengundi;
~ undian (loteri)
a) menarik undian (loteri);
b) menang loteri;
~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan;

3. menarik kembali (apa yang telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dan lain-lain):
ia tidak mahu ~ usulnya itu;

4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan:
sesuatu revolusi harus ditujukan untuk membongkar dan ~ keburukan dengan akar umbinya sekali;

5. memetik, mengutip (daripada karangan dan sebagainya):
puisi ini dicabut daripada majalah tersebut;

mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus);

mencabuntukan mencabut (sesuatu) untuk orang lain, menarikkan:
Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek untuk dibawa pulang;

tercabut
1. sudah dicabut;

2. dapat (boleh) dicabut:
keris itu tidak ~ daripada sarungnya;

cabutan
1. apa yang (sudah) dicabut, diambil dari sesuatu;
~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu;

2. petikan (daripada karangan dan sebagainya);

pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan;

pencabut orang yang (alat untuk) mencabut;
~ paku alat untuk mencabut paku.

cabut II

komisen, dalal, upah;
~ sepuluh satu dalam tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dan lain-lain), satu (sen, ringgit dan lain-lain) diambil sebagai komisen.

caca I

sejenis masakan daripada sayur-sayuran dan lain-lain yang berkuahkan cuka;
~ anak ikan caca yang dicampur dengan ikan kecil, pekasam anak ikan.

caca II

sejenis bubur yang isinya dibuat daripada adunan tepung (yang diwarnai dengan pelbagai warna, digunting, dan dikeringkan).