cabai I

sejenis buah yang berasa pedas (digunakan dalam masakan), cili, lada, Capsicum spp.;~ acung = ~ seberang = ~ selasih sejenis tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum;
~ burung
= ~ melaka = ~ rawit sejenis tumbuhan (herba yang buahnya kecil-kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens;
kecil-kecil ~ melaka
= kecil-kecil ~ rawit (peribahasa) sungguhpun kecil, tetapi garang (berani);
siapa makan ~ dialah berasa pedas (peribahasa) siapa yang bersalah dialah yang berasa tersindir (siapa yang berbuat salah dialah yang menanggung akibatnya);

kecabaian berasa panas atau pijar pada tempat yang kena cabai;
seperti orang ~ (peribahasa) tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dan sebagainya).

cabai II

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Piper longum;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, Piper lanatum;
~ jawa (alas panjang, sulah)
sejenis tumbuhan (pokok memanjat yang buahnya pedas), lada panjang, Piper retrofractum.

cabak I

sejenis burung (seperti burung layang-layang) yang terbang pada malam hari sahaja.

cabang I

1. bahagian yang tumbuh dari batang atau dahan pokok:
daun tumbuh di ~;

2. bahagian hujung yang berpecah seperti dua jari terbuka (berkenaan (dengan) galah, lembing, tongkat);
besi ~ tiga trisula;

3. bahagian atau bahagian kecil pada tanduk rusa dan sebagainya;

4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dan sebagainya) yang berpecah dari bahagian yang utama:
~ jalan;
sungai itu banyak ~nya;

5. cawangan:
Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia;

6. bahagian atau bahagian kecil daripada sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dan sebagainya):
botani ialah ~ biologi;
bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia;

7. golongan masyarakat:
ia dilahirkan dalam kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas;
~ buaya
= ~ perahu kayu bercabang pada rangka badan perahu;
~ guling cabang pada haluan atau belakang perahu;
~ tenggorok bahagian kecil dari batang tenggorok, bronkiol;

bercabang
1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya:
pokok pinang memang tidak ~;

2. berpecah kepada bahagian (kumpulan dan sebagainya) kecil:
jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain untuk memulakan kajian perbandingan;

3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dan sebagainya):
~ hatinya (fikirannya, ingatannya);
lidah ~
tiada boleh dipercayai apa katanya;

bercabang-cabang, cabang-bercabang
1. tumbuh banyak cabang;

2. berpecah kepada banyak bahagian kecil;

3. berdolak-dalik:
membuat kenyataan yang ~;

mencabangkan (berkenaan (dengan) pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dengan melekapkan benih pada pohon atau mencantum;

mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang);

percabangan
1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya;

2. tempat yang bercabang (jalan, sungai, dan sebagainya), persimpangan:
~ jalan.

cabang II

~ tiga = akar tiga ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica;
akar ~ lima
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria;
akar ~ tujuh
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya.

cabar I

= ~ hati tawar hati, takut, penakut:
~nya segala orang muda-muda ini;

mencabar
1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan:
keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain;

2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani:
beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah;
dia ~ saya bertinju dengannya;

3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dan lain-lain (berkenaan (dengan) pekerjaan, tugas, usaha, dan sebagainya):
pekerjaan itu sungguh ~;
peranan DBP menjadi lebih ~ lagi;

cabar-mencabar (perbuatan) saling mencabar (antara satu dengan lain):
~ adalah suatu bentuk provokasi yang mesti dielakkan;

mencabarkan menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut;

tercabar kena cabar (dipersoalkan):
dia tidak rela kelelakiannya ~;

cabaran
1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan);

2. ajakan (untuk berlawan dan sebagainya);

3. sesuatu (unsur, faktor, dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain):
pekerjaan yang penuh dengan ~;

kecabaran ketawaran hati, ketakutan;

pencabar orang (pihak, golongan, dan sebagainya) yang mencabar:
~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata;
~ kepada golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kepada kumpulan etnik lain.