singkatan bagi abuya:
B~ Hamka.
buyar
[Jawa] mengalir ke segala jurusan, meresap berkembang, berserak, bercabang-cabang (fikiran);
kertas ~ kertas kembang;
membuyarkan membuat buyar.
buyung I
bekas air yang besar perutnya (dibuat daripada tanah liat);
mak ~
a) (gelaran yang biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil;
b) ibu ayam, muncikari;
pecah ~ tempayan ada (peribahasa) laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yang satu ada gantinya yang lain);
berbuyung-buyung banyak buyung:
setiap hari dia menyimpan air minuman ~.
buyung II
[Minangkabau] budak laki-laki (panggilan).
buyur
[Jawa];
membuyur menyiram.
buyut
1. orang tua atau ibu bapa kepada moyang ;
2. = buyutan, kebuyutan sudah menggigil (terketar-ketar) kerana terlalu tua, sudah tua sekali;
3. tempat yang keramat.
c I
huruf ketiga abjad Rumi.
C II
simbol kimia bagi karbon.
ca I
huruf keenam abjad Jawi.
Ca II
simbol kima bagi kalsium.