kedai kecil yang biasanya menjual pakaian wanita yang terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (seperti rantai leher, gelang, cincin, dan sebagainya).
butilena
(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yang biasanya digunakan dalam pembuatan sebatian organik, butena.
butir I
1. biji yang kecil-kecil:
~ padi;
~ beras;
2. benda yang kecil-kecil (seperti intan dan lain-lain);
3. penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat:
se~ telur;
dua ~ peluru;
4. bahagian kecil-kecil daripada sesuatu (benda, perkara, dan lain-lain):
dia seperti mata-mata gelap yang hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang;
~ tanah bongkah tanah yang kecil-kecil;
~ debit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kiri kira-kira perniagaan;
~ kredit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kanan kira-kira perniagaan;
berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok;
tiada ~ [Kelantan] tidak terang;
berbutir-butir
1. berupa atau berbentuk banyak butir:
sagu rendang yang ~;
2. beberapa banyak butir:
dia memberikan ~ emas itu kepada orang lain;
membutirkan
1. menyatakan dengan butir-butir, menceritakan dengan teliti:
Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya;
2. [kiasan] menghasilkan:
empat pemain wanita turut dipilih dengan harapan dapat ~ satu lagi pingat untuk negara;
ujian itu ~ pulangan yang agak lumayan;
butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dengan menyatakan hal yang kecil, perincian:
setiap aduan perlulah ada ~ fakta untuk memudahkan kerja penyiasatan itu;
mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;
pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan).
butir II
~ nangka
a) sejenis ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.;
b) [Kelantan] sejenis kuih berkuah (dibuat daripada beras pulut).
butirapuh
bongkah (tanah) yang kecil-kecil.
butuh I
[bahasa kasar] kemaluan laki-laki.
butuh II
[Indonesia];
membutuhkan, membutuhi memerlukan:
pekerjaan ini ~ modal yang besar;
aku tak ~ wang;
kebutuhan sesuatu yang diperlukan, keperluan.
butul
[Jawa];
butulan;
jalan ~ jalan tembusan (jalan sisi atau belakang);
pintu ~ pintu di sisi rumah dan lain-lain.
butung
sejenis tumbuhan (pokok), buntun, pertun, putat laut, Barringtonia asiatica;
rumput ~ sejenis tumbuhan (rizom), Kllinga monocephala.
butut
[Jawa] aus, usang, tua (pakaian dan lain-lain).