butir I

1. biji yang kecil-kecil:
~ padi;
~ beras;

2. benda yang kecil-kecil (seperti intan dan lain-lain);

3. penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat:
se~ telur;
dua ~ peluru;

4. bahagian kecil-kecil daripada sesuatu (benda, perkara, dan lain-lain):
dia seperti mata-mata gelap yang hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang;
~ tanah
bongkah tanah yang kecil-kecil;
~ debit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kiri kira-kira perniagaan;
~ kredit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kanan kira-kira perniagaan;

berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok;
tiada ~
[Kelantan] tidak terang;

berbutir-butir
1. berupa atau berbentuk banyak butir:
sagu rendang yang ~;

2. beberapa banyak butir:
dia memberikan ~ emas itu kepada orang lain;

membutirkan
1. menyatakan dengan butir-butir, menceritakan dengan teliti:
Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya;

2. [kiasan] menghasilkan:
empat pemain wanita turut dipilih dengan harapan dapat ~ satu lagi pingat untuk negara;
ujian itu ~ pulangan yang agak lumayan;

butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dengan menyatakan hal yang kecil, perincian:
setiap aduan perlulah ada ~ fakta untuk memudahkan kerja penyiasatan itu;
mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;

pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan).

berkongsi