busuk

1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dan lain-lain):
bangkai yang sudah ~;
bau ~;

2. jahat, dengki, khianat;
~ budi tidak baik budi;
~-bangar = ~-lahak sangat busuk;
~ hati jahat hati;
~ kohong [Kelantan] sangat busuk;
~ mulut
a) nafas berbau tidak sedap;
b) suka memaki (memakai perkataan yang kotor-kotor);
~ tak tahu dibaunya (peribahasa) tidak insaf akan kekurangan dirinya;
mana ~ yang tiada berbau (peribahasa) tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga;
telah ~ maka dipeda (peribahasa) sudah terlambat baru dikerjakan;

membusuk menjadi busuk:
benda-benda organik yang mereput atau ~ seperti longgokan sampah;

membusukkan
1. menjadikan busuk:
cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dengan rumput atau daun-daun yang dibusukkan;

2. memburukkan (orang dan lain-lain), memfitnah, mencelakan:
dialah yang ~ nama gurunya;
tak guna ~ kawan sendiri;

kebusukan
1. perihal busuk (berbau tidak sedap):
mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ;

2. perihal busuk (hati):
dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;

pembusukan perihal membusukkan.

busung

1. gembung perut (kerana penyakit):
penyakit ~;

2. gembung kerana penuh berisi (air dan lain-lain):
buah dada gadis itu ~;
kepala ~
kepala menjadi besar kerana berisi air;

3. timbunan pasir di muara sungai, gosong;
~ air penyakit busung kerana perut berisi air;
~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan;
~ kencing busung kerana penyakit pada gelembung kencing;
~ muka muka bengkak (bakup);

membusung
1. menjadi busung, menggembung:
perutnya ~ akibat penyakit itu;

2. meninggi (pasir dan lain-lain), merupakan busung:
lumpur yang dibawa air sungai itu ~ di muara;
dengan dada ~
ki dengan perasaan megah (sombong);

membusungkan menggembungkan;
~ dada
a) membesarkan dada;
b) [kiasan] menyombongkan diri, membanggakan diri:
Mat Akil ~ dada;

terbusung menjadi busung;

pembusungan perihal terjadinya busung.

busur

1. kayu (buluh dan lain-lain) yang dilengkungkan dan direntangkan tali untuk melepaskan anak panah;
anak ~ anak panah;
tali ~ tali yang direntangkan pada busur;

2. alat untuk membersihkan kapas daripada bijinya (dibuat daripada kayu dan lain-lain yang dilengkungkan dan direntangkan tali);

3. [Kelantan] kayu dan lain-lain yang direntangkan tali dan dipasang pada layang-layang supaya berbunyi;

membusur
1. lengkung seperti busur;

2. memanah dengan memakai busur;

3. membersihkan kapas dan lain-lain dengan busur.

busut

1. tanah yang melonggok sptbukit tetapi lebih rendah, bukit kecil:
ia beredarlah dari situ lalu pergi duduk di atas sebuah ~;

2. sarang anai-anai yang merupakan bukit kecil:
~ semut;
~ betina
busut yang besar dan bulat;
~ jantan busut kecil dan lancap;

membusut menjadi seperti busut:
kerak nasi ~ jantan.

busyel

unit sukatan untuk biji-bijian, buah-buahan, cecair dan sebagainya yang boleh memuat 8 gelen atau 36.4 liter.

but

= kasut ~ kasut yang menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat daripada kulit atau getah.

buta

1. tidak dapat melihat:
sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~;

2. tidak terang melihat;
~ rabun = ~ radam mata kabur;

3. [kiasan] tidak tahu (menulis, membaca, dan lain-lain), tidak dapat mengenal (warna, huruf):
Karim memang ~ bahasa Inggeris;

4. dalam erti tidak ada (mempunyai) sesuatu;
gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja;
perigi ~ perigi yang tidak berair;
surat ~ surat tanpa nama si pengirim;

5. kata untuk menyatakan amat sangat;
gelap ~ sangat gelap;
malam ~ malam yang sangat gelap;
pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat;
sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada;
~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira;
~ ayam
a) rabun (kabur mata) waktu senja;
b) petang hari (sesudah waktu senja);
~ belalang buta tetapi mata tidak rosak;
~ belengset buta dengan kelopak mata bahagian bawah terkeleweh;
~ bular buta kerana mata berselaput;
~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dengan biji mata yang tidak rosak;
~ hati
a) tidak berhati perut, kejam;
b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan);
~ kayu [bahasa percakapan] buta huruf;
~ kesip = ~ pecah buta dengan biji mata yang pecah (rosak);
~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer;
~ larangan tidak dapat melihat jauh;
~ malam buta pada malam hari;
~ mereluh buta langsung;
~ perut
a) [bahasa percakapan] tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dalam melakukan sesuatu perbuatan);
b) [kiasan] asal makan saja (tidak peduli rasa makanan);
~ rengga [Kelantan] bermacam-macam jenis buta;
~ siang buta pada siang hari;
(mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa;
~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu;
bagai si ~ pergi bergajah (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan);
bongkok baru betul, ~ baru celik (peribahasa) orang yang hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada;
orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat (peribahasa) sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan);
orang ~ diberi bersuluh (peribahasa) perbuatan yang sia-sia;
seperti orang ~ kehilangan tongkat (peribahasa) berada dalam kesukaran;
si ~ membilang bintang di langit (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;
yang ~ peniup lesung (peribahasa) walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya;

membuta
1. berpura-pura buta;

2. [bahasa kasar] tidur:
saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi;

3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati);

membutakan membuat buta, mengakibatkan buta:
perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya;
kau pula hendak ~ hati aku;

kebutaan perihal buta, keadaan buta.

buta huruf

tidak pandai membaca dan menulis;

kebutahurufan perihal (keadaan) tidak boleh membaca dan menulis.

buta-buta

1. sejenis tumbuhan (pokok), bebuta, Excoecaria agallocha;

2. sejenis tumbuhan (pokok), pong-pong, Cerbera manghas.