bursa

tempat memperjualbelikan saham dan lain-lain:
B~ Saham Kuala Lumpur;
~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, seperti kelapa sawit, getah dan koko;
~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen untuk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, misalnya Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang terdapat di Malaysia.

buru

buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat:
seorang doktor ~ dipanggil;

berburu mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar:
apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

berburu-buru
1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai:
orang kampung riuh ~ pencuri yang lari itu;

2. bergesa-gesa, bergegas:
penumpang ~ naik bas;

memburu
1. mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu (orang, binatang, dan lain-lain):
~ binatang;
~ pencuri;

2. meluru atau bergegas untuk mendapatkan sesuatu:
ia menanggalkan kasut terus ~ ke dalam;

3. berikhtiar sekuat tenaga untuk mencapai sesuatu:
aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan yang tinggi;
~ kekayaan (pangkat, wang)
berikhtiar mendapat kekayaan dan lain-lain;
~ selamat berikhtiar agar selamat;
~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat;

4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat:
tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

terburu = keburu [Jakarta]

1. (dapat) dikejar:
tak akan ~ oleh kau kereta itu;

2. [Jakarta] [kiasan] melampau sangat (menghendaki sesuatu dan lain-lain):
~ nafsu (hati);

terburu-buru dalam keadaan tergesa-gesa:
fikirkan dengan tenang, jangan ~;

buruan orang, binatang atau sesuatu yang diburu:
agama juga merupakan ~ jiwa yang berterusan; orang ~ orang yang dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan);
binatang ~ binatang yang diburu;

perburuan
1. binatang yang diburu:
~ banyak di hutan ini;

2. perkakas (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu:
anjing ~;

3. perihal (perbuatan) berburu:
maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~;

4. tempat berburu;

pemburuan perihal (perbuatan dan sebagainya) memburu;

perburu orang yang berburu (binatang):
adapun Seri Teri Buana dengan segala laki-laki ~;
~ gajah
orang yang berburu gajah;

pemburu
1. orang yang memburu;

2. alat (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu;
anjing ~ anjing untuk memburu;
hantu ~ [sastera lama] hantu yang mempunyai rupa anjing;
kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yang kecil dan laju untuk mengejar kapal (kapal terbang) musuh.

buruh

orang yang bekerja untuk mencari makan, pekerja:
ramai orang India yang bekerja sebagai ~;
Kementerian B~;
kaum ~
golongan pekerja;
~ kasar buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya;
~ mahir buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu, misalnya jurutera;
~ paksa orang yang dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yang sewajarnya;
~ separuh mahir buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, misalnya jurukimpal;

berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sebagai buruh:
sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;

memburuh bekerja sebagai buruh:
siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;

buruhan upah memburuh;

perburuhan
1. tenaga (usaha) buruh:
membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah;

2. perihal buruh atau memburuh:
perkara ~.

buruk

1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik:
Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya;
kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong;

2. tidak baik, jahat:
perangai yang ~;
pendedahan yang menyingkap tujuan ~ mereka;

3. tidak menyenangkan, merosot:
ekonomi yang semakin ~;
~ ambil
salah terima, menganggap kurang baik;
~ hati jahat (hati);
~ laku tidak baik kelakuan;
~ makan lahap, rakus;
~ mulut kasar mulut;
~ perut
a) banyak makan;
b) mudah kena sakit;
~ pok [Kelantan], [Terengganu] buruk sekali;
~ sangka salah sangka (terima);
~ siku
a) sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi mengambilnya balik;
b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang;
~ muka, cermin dibelah (peribahasa) kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kepada orang lain;
~ perahu ~ pangkalan (peribahasa) tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja);
~ tak tahu akan hinanya (peribahasa) tidak insaf akan kekurangan diri sendiri;
~-~ (bak) embacang (peribahasa) pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupa sahaja;
biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati (peribahasa) pakaian yang elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dengan budi bahasa yang halus;
tiada ~ yang tiada elok (peribahasa) orang yang berselisih itu akan berbaik juga;
tiada elok yang tak ~ (peribahasa) orang yang berbaik-baik itu akan berselisih juga;

berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan;

memburuk menjadi buruk (busuk dan lain-lain):
sekarang dia terpisah daripada golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;

memburukkan
1. menjadikan buruk (busuk dan lain-lain):
hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu;

2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca:
lekas sekali tuduhan datang ~ Ida;
mereka telah menggunakan isu-isu yang berunsur negatif dengan tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;

keburukan
1. kekurangan, kelemahan, kepincangan:
berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar;

2. hal yang tidak baik (tentang orang atau sesuatu):
~ orang yang telah meninggal, terkubur dengan jasadnya;
bercerita tentang ~ keluarga sendiri;

pemburukan perihal memburukkan.

burung I

1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas:
~ berkik;
~ dara;
~ gereja;
~ hantu;

2. [kiasan] kemaluan laki-laki (biasanya dipakai untuk kanak-kanak);
~ bedil [Kelantan] pelatuk (alat penjentik peluru);
~ beo [Indonesia]
a) tiung;
b) orang yang bercakap menurut kata orang;
~ pemangsa burung yang makan binatang lain;
(bagai) ~ serindit dikatakan kepada orang yang memakai pakaian yang sangat hijau;
~ timang [Kelantan] anak kesayangan;
~ gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya (peribahasa) orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi;
~ terbang dipipiskan lada (peribahasa) belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya;
~ yang liar jangan dilepaskan, khabar yang mustahil jangan didengarkan (peribahasa) jangan dipercayai khabar yang tidak diketahui dengan sah kebenarannya;
dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan (peribahasa) meninggalkan urusan sendiri untuk mengurus hal orang lain;
harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan (peribahasa) kerana mengharapkan keuntungan besar yang tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan;
ibarat ~, mata lepas badan terkurung (peribahasa) walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan;
ibarat ~, mulut manis jangan dipakai (peribahasa) kata yang manis-manis selalu mengandungi semu (orang yang bodoh lekas terpengaruh olehnya);
kuat ~ kerana sayap (peribahasa) tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri;
laksana ~ diam dalam sangkar (peribahasa) hal seseorang yang tiada bebas;
membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan (peribahasa) janganlah mengharap-harap benda yang susah didapat itu;
satu sangkar dua ~ (peribahasa) dua orang perempuan memperebuntukan seorang laki-laki;
umpama ~, tumpang beramai kawan yang banyak (peribahasa) orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;

burung-burungan burung buatan.

burut

sejenis penyakit (isi perut turun dan biasanya kantung kemaluan menjadi besar), sakit pasang-pasang, sakit bodek, sakit ulur-ulur;
tiada beban batu digalas, tiada ~ diampu-ampu (peribahasa) tidak ada kerja (kesusahan) mencari kerja (kesusahan).

busa

gelembung udara yang kecil dan padat pada permukaan cecair (sebab dikocak dan lain-lain), buih:
maka laut itu pun menjadi putihlah sebab ~nya;
mengeluarkan ~;

berbusa berbuih:
Dolah menayangkan gelasnya yang ~;

membusa mengeluarkan busa.