1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik:
Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya;
kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong;
2. tidak baik, jahat:
perangai yang ~;
pendedahan yang menyingkap tujuan ~ mereka;
3. tidak menyenangkan, merosot:
ekonomi yang semakin ~;
~ ambil salah terima, menganggap kurang baik;
~ hati jahat (hati);
~ laku tidak baik kelakuan;
~ makan lahap, rakus;
~ mulut kasar mulut;
~ perut
a) banyak makan;
b) mudah kena sakit;
~ pok [Kelantan], [Terengganu] buruk sekali;
~ sangka salah sangka (terima);
~ siku
a) sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi mengambilnya balik;
b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang;
~ muka, cermin dibelah (peribahasa) kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kepada orang lain;
~ perahu ~ pangkalan (peribahasa) tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja);
~ tak tahu akan hinanya (peribahasa) tidak insaf akan kekurangan diri sendiri;
~-~ (bak) embacang (peribahasa) pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupa sahaja;
biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati (peribahasa) pakaian yang elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dengan budi bahasa yang halus;
tiada ~ yang tiada elok (peribahasa) orang yang berselisih itu akan berbaik juga;
tiada elok yang tak ~ (peribahasa) orang yang berbaik-baik itu akan berselisih juga;
berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan;
memburuk menjadi buruk (busuk dan lain-lain):
sekarang dia terpisah daripada golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;
memburukkan
1. menjadikan buruk (busuk dan lain-lain):
hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu;
2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca:
lekas sekali tuduhan datang ~ Ida;
mereka telah menggunakan isu-isu yang berunsur negatif dengan tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;
keburukan
1. kekurangan, kelemahan, kepincangan:
berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar;
2. hal yang tidak baik (tentang orang atau sesuatu):
~ orang yang telah meninggal, terkubur dengan jasadnya;
bercerita tentang ~ keluarga sendiri;
pemburukan perihal memburukkan.