1. gembung perut (kerana penyakit):
penyakit ~;
2. gembung kerana penuh berisi (air dan lain-lain):
buah dada gadis itu ~;
kepala ~ kepala menjadi besar kerana berisi air;
3. timbunan pasir di muara sungai, gosong;
~ air penyakit busung kerana perut berisi air;
~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan;
~ kencing busung kerana penyakit pada gelembung kencing;
~ muka muka bengkak (bakup);
membusung
1. menjadi busung, menggembung:
perutnya ~ akibat penyakit itu;
2. meninggi (pasir dan lain-lain), merupakan busung:
lumpur yang dibawa air sungai itu ~ di muara;
dengan dada ~ ki dengan perasaan megah (sombong);
membusungkan menggembungkan;
~ dada
a) membesarkan dada;
b) [kiasan] menyombongkan diri, membanggakan diri:
Mat Akil ~ dada;
terbusung menjadi busung;
pembusungan perihal terjadinya busung.