cacing

beberapa jenis binatang yang bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yang hidup dalam air, tanah, perut manusia atau binatang, dan lain-lain);
~ benang = ~ gelang cacing halus yang biasanya hidup dalam tanah di lautan, daratan, dan padang pasir;
~ filaria cacing yang hidup dalam sistem limfa manusia yang boleh menyebabkan penyakit untut;
~ kerawit = ~ keruit cacing yang hidup dalam usus manusia dan binatang;
~ kermi cacing dalam usus;
~ parasit cacing yang mendapat makanan dari usus binatang dan manusia;
~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yang berwarna putih kelabu (hidup dalam usus binatang atau manusia);
~ rambu cacing yang halus-halus;
~ tanah cacing bulat panjang yang licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dalam tanah yang lembap);
~ hendak menjadi naga (peribahasa) orang yang kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar;
~ kepanasan (peribahasa) tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain);
~ naik ke mata kelakuan yang melampau;

mencacing sangat kurus (badan);

cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dalam perut.

cadang

bercadang mempunyai niat untuk melakukan sesuatu (seperti pergi melancong dan lain-lain), berniat, berhajat, bertujuan:
mereka ~ untuk pergi melancong ke Bali;

mencadangkan
1. mengemukakan sesuatu pendapat untuk dipersetujui (dipertimbangkan dan sebagainya), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan:
Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yang ketiga;

2. mencalonkan:
dengan tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu;
Ali ~ Jamal sebagai setiausaha kehormat persatuan itu;

3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (untuk digunakan apabila perlu):
seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan untuk memperkuat pertahanan negara;

4. menguntukkan (harta, wang, dan sebagainya) untuk penggunaan sesuatu atau seseorang:
kawasan tanah itu dicadangkan untuk bekas-bekas perajurit;

5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka:
~ strategi serangan;

cadangan
1. sesuatu yang dicadangkan, anjuran, usul, saranan:
setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan;
~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya;

2. persediaan (wang, harta, benda, dan lain-lain) untuk digunakan apabila perlu, dana;

3. rancangan, rencana:
~ lima tahun;
~ balas
cadangan yang diberikan sebagai tindak balas kepada cadangan yang terdahulu;
~ penimbal (Ekonomi) himpunan bahan mentah untuk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi;
~ wang tunai = ~ modal (Ekonomi) persediaan harta (saham, wang, dan sebagainya);

pencadangan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencadangkan;

pencadang orang yang mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dan lain-lain), pengusul, penyaran, pencalon.

cadar

1. kain penutup kepala atau muka perempuan;

2. = kain ~ kain penutup tilam;
memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dengan cadar;

bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dengan cadar:
tilam itu belum ~;

bercadarkan mempunyai sesuatu sebagai cadar:
~ kain batik.

cadas

(Sunda) lapisan tanah yang keras (terjadi daripada pasir atau tanah);

wadas.

cadi

kayu atau buluh yang dipasang di kiri kanan perahu supaya seimbang (jangan bergolek), katir.