[Minangkabau] cerdik.
cadir
= cadar.
caduk I
[Jawa] rabun (mata).
caduk II
mencaduk mengangkat atau menaikkan sesuatu (seperti belalai gajah atau kepala ular yang hendak mematuk);
tercaduk terangkat (seperti kepala ular atau belalai gajah).
cadung
bercadung-cadung tumbuh (benih yang ditanam).
cadur
pakaian labuh atau jubah wanita Islam (termasuk kerudung) yang biasa dipakai di Timur Tengah yang menutupi aurat seluruh anggota badan (kecuali muka dan tapak tangan):
kaum wanita Iran yang berpakaian ~ masih boleh bergerak dengan cergas ketika memikul senjata.
cagak I
1. cabang (kayu dan lain-lain);
~ jalan simpang jalan;
2. kayu (galah, tongkat, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang untuk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dan lain-lain);
3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dan lain-lain);
4. [Indonesia] tiang telefon;
5. sokongan, tunjangan, pertolongan;
~ hidup [Indonesia] bunga wang yang harus dibayar kepada seseorang semasa hidupnya atau untuk beberapa tahun;
6. [Kelantan] pengandar rumput:
dia memotong rumput dua ~ sehari untuk lembunya;
7. alat (daripada kayu, buluh, logam) yang bulat, panjang, kukuh, dan ringan yang digunakan sebagai penyidai kain;
bercagak
1. bercabang;
2. memakai cagak (sokong dan lain-lain);
tulang ~ tulang pipi;
mencagak menyokong (menahan, menopang, dan lain-lain) dengan cagak;
mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak;
tercagak tertopang dengan cagak.
cagak II
mencagak
1. menopang, menahan dengan cagak;
2. menunjang, menyokong;
3. kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dan lain-lain);
4. tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata;
mencagakkan menanam pancang di tanah, memancangkan;
tercagak terpancang.
cagar
= cagaran
1. barang yang dijadikan sebagai taruhan apabila berhutang, barang yang digadaikan, rungguh(an);
2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka;
~ alam kawasan simpanan (bagi mergastua);
bercagar, bercagaran bersandar pada atau disokong oleh sesuatu;
bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sebagai jaminan berhutang, bersandarkan:
pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka;
mencagarkan memberikan sesuatu sebagai cagaran hutang, menggadaikan, merungguhkan:
ia ~ tanah dan bangunan kedainya;
pencagaran perbuatan mencagarkan:
~ tanah.
cagu
sejenis penyakit bernanah pada kuku jari.