1. cabang (kayu dan lain-lain);
~ jalan simpang jalan;
2. kayu (galah, tongkat, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang untuk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dan lain-lain);
3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dan lain-lain);
4. [Indonesia] tiang telefon;
5. sokongan, tunjangan, pertolongan;
~ hidup [Indonesia] bunga wang yang harus dibayar kepada seseorang semasa hidupnya atau untuk beberapa tahun;
6. [Kelantan] pengandar rumput:
dia memotong rumput dua ~ sehari untuk lembunya;
7. alat (daripada kayu, buluh, logam) yang bulat, panjang, kukuh, dan ringan yang digunakan sebagai penyidai kain;
bercagak
1. bercabang;
2. memakai cagak (sokong dan lain-lain);
tulang ~ tulang pipi;
mencagak menyokong (menahan, menopang, dan lain-lain) dengan cagak;
mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak;
tercagak tertopang dengan cagak.