caj

1. bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli:
kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yang dikenakan oleh LKIM;

2. mengenakan harga (pada barang, perkhidmatan):
apa fasal kau ~ lebih?

3. pertuduhan (dalam mahkamah).

cak II

~ padang (tanah) sejenis burung seperti burung pipit, apit-apit, laki padi, lancar-lancar, pipit padang, seri lancar, Anthus novaeseelandiae malayensis;
~ padi
sejenis burung, ciak, pipit padi, pipit uban, Munia m. maja; ~ raya sejenis burung, tempua, Ploceus philippinus infortunatus;
~ tinting
sejenis burung, laki padi, main angin, Cisticola juncidis malaya.

cak III

ukuran besar yang dihitung menurut besarnya lingkungan hujung jari kedua-dua belah tangan (jari telunjuk bertemu jari telunjuk, ibu jari bertemu ibu jari).

cakah

1. lebar (berkenaan (dengan) sudut, cabang, kangkang kaki, dan lain-lain);
sudut ~ sudut yang luasnya lebih daripada 90? tetapi kurang daripada 180?;

2. tidak melengkung (berkenaan (dengan) tanduk), lurus ke kiri dan ke kanan, kedua-dua hujungnya berjauhan;

mencakah
1. berjalan dengan kaki terkangkang:
berjalan ~;

2. melebarkan (cabang dan lain-lain).

cakak I

[Minangkabau] kelahi, perkelahian;

bercakak berkelahi, berbantah;

pencakak suka berkelahi;

= cekak III.

cakak II

[Terengganu] terdaya, berupaya:
saya sudah tidak ~ hendak mendaki bukit ini kerana terlalu tinggi.