~ bakal [Jawa] orang yang mula-mula membuka kampung.
cakalele
tarian perang (di Maluku dan Minahasa).
cakap besar
kata-kata atau bicara yang membesar-besarkan diri sendiri;
bercakap besar suka mengeluarkan kata-kata atau bicara yang membesar-besarkan diri sendiri.
cakap I
bicara, kata, kecek, tutur;
~ angin cakap yang tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong);
~ mulut bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari (tidak dalam tulisan);
~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar (peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yang dilakukan;
dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk (peribahasa) sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dengan betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya;
mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja (peribahasa) memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kepada orang yang tiada tentu;
bercakap
1. berkata, berbicara, bertutur:
perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yang pokok seperti kebebasan ~;
wakil kita pandai ~ sahaja;
2. berbahasa:
~ Melayu
3. berbual, berborak, bersembang;
bercakap-cakap
1. berbual-bual, beromong-omong;
2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu:
terpulanglah kepada sarjana-sarjana di Malaysia sendiri untuk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja;
mencakapi [arkaik] mengajak berkata (dengan), menegur, menyapa;
mencakapkan, mempercakapkan
1. membicarakan, memperkatakan:
O, itukah yang hendak dicakapkan tadi!;
apa yang dipercakapkan oleh orang dua beranak ini?
2. menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan:
kalau Idah cakapkan pada Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa;
3. mengucapkan, menyebuntukan, menggunakan bahasa:
bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih daripada 100 juta manusia;
percakapan, cakapan
1. pertuturan:
segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar;
2. pembicaraan, perbualan, perundingan:
kemudian daripada itu ~ antara kedua-duanya melarat kepada beberapa perkara yang lain;
3. apa-apa yang dicakapkan.
cakap II
1. [Indonesia] sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap;
2. elok, cantik, rupawan;
3. [Minangkabau] tangkas, lekas, pantas, cekap;
bercakap [sastera lama] sanggup, berani (mengerjakan sesuatu):
maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~;
mempercakap, mempercakapkan [Indonesia] menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) untuk melakukan sesuatu, mempercekap;
kecakapan
1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan;
2. [Indonesia] kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu);
3. [Minangkabau] kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan;
= cekap.
cakar I
1. kuku yang panjang, runcing, dan melengkung (pada burung, ayam, harimau, kucing, dan lain-lain):
anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku;
2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu;
3. = pencakar ~ ayam
a) tulisan tangan yang amat buruk;
b) sejenis kuih yang dibuat daripada ubi kayu atau keledek yang diracik;
~-balar garis-garis atau cakar-cakar yang banyak dan tidak menentu (calar-balar);
~ besi
a) sepit besi untuk memegang besi yang dibakar dan lain-lain;
b) pencakar yang dibuat daripada besi;
bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran
1. (berkenaan (dengan) binatang) berkelahi dengan menggunakan cakar;
2. [kiasan] berkelahi, bertengkar:
kita sering ~ sesama sendiri;
mencakar
1. menggaru (dengan cakar);
2. [arkaik] mengais, mencari makan (berkenaan (dengan) ayam dan lain-lain);
percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran);
pencakar
1. penggaru, kukur;
2. alat untuk menarik (mengumpulkan) sampah dan lain-lain;
~ awan = ~ langit bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi.
cakar II
~ bebek = ~ itik sejenis tumbuhan (herba), tapak itik, Acanthus ebracteatus.
cakatan
= cekatan.
cakau
= cekau.
cakawari
[arkaik] datuk kepada moyang (mengikut tertib anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari), cilawagi.