[Jawa] pondok kecil tempat menunggu bas, berjualan dan lain-lain yang biasanya terdapat di tepi jalan:
secara logik, mewujudkan sebuah syarikat untuk membina masjid, surau, jalan kampung dan ~ tentulah tidak menguntungkan.
caku
pisau lipat.
cakuk
= cangkuk I.
cakup I
mencakup
1. menangkap dengan mulut (tangan dan lain-lain);
2. = mencakup-cakup membuka-buka mulut seperti mengambil udara;
pencakup alat menangkap tikus (babi dan lain-lain), perangkap.
cakup II
[Jawa] [arkaik];
mencakup
1. menyauk atau mencedok (dengan tangan);
2. = mencakupi [kiasan] merangkumi beberapa hal dan sebagainya, meliputi:
seminar itu ~ semua aspek dalam bidang pendidikan bahasa dan sastera;
mencakupkan menyaukkan;
cakupan
1. perihal menyauk sepenuh genggaman tangan: 2. liputan, rangkuman, lingkungan:
pendekatan ini agak berbeza dan terpisah daripada kebiasaan disiplin ~nya.
cakus I
mencakus mengambil sedikit-sedikit (makanan).
cakus II
mencakus menggalas.
cal
[bahasa percakapan] selendang, mafela, sal, syal, cala.
cala I
= cal.
cala II
cola-~;
= cola.