sejenis kuih.
calai
[Kedah];
mencalai berlari (binatang).
calak I
keletah bercakap, lancang mulut, bercakap ikut suka hati sahaja.
calak II
mencalak cemerlang, bercahaya, bersinar:
matahari ~.
calak III
[Minangkabau] celak.
calak IV
[Minangkabau] sejenis asah;
~ ganti asah, menanti tukang belum datang (peribahasa) menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja);
mencalak menggosok, melampas, mengasah.
calak V
[Terengganu] mencuit (sesuatu) dengan kuat dengan menggunakan hujung jari.
calang I
= pencalang.
calang II
1. tidak banyak daun (pada pokok), gondol;
2. [kiasan] tidak dihiasi.
calang-calang
bukan ~ bukan sebarang, bukan alang-alang:
pesertanya ramai, pengerusinya pula bukan ~ orang.