calar

garis bekas kena sesuatu yang tajam (seperti cakar, jarum, duri, dan lain-lain);

bercalar mempunyai calar, bergaris, bergores:
Yusof balik ke rumah dengan mukanya yang ~;

mencalarkan membuat calar (pada sesuatu), menggoreskan;

tercalar
1. tergaris, tergores;

2. [kiasan] menjadi rosak, menjadi tidak baik.

calar-balar

banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar;

mencalar-balarkan menyebabkan atau menjadikan calar-balar:
penyental yang kasar boleh ~ kristal.

calik

[Minangkabau] pandang, lihat;

bercalik-calikan berpandang-pandangan;

mencalik memandang, melihat;

pencalikan pemandangan, pelihatan.

calit

1. tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit;

2. [bahasa percakapan] tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja):
dengan satu ~ di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam;
~ api
mancis api, gores api;

bercalit kotor kerana kena sesuatu seperti lumpur dan sebagainya, berpalit;

mencalit menyapu, menggores:
kedengaran orang ~ mancis api dari dalam bilik;

mencalitkan memalitkan, menggoreskan:
dicubanya ~ cat yang sudah dicampurnya itu di atas sehelai kertas;
~ arang ke muka
(peribahasa) mencemarkan nama baik seseorang (mengaibkan).