bicara, kata, kecek, tutur;
~ angin cakap yang tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong);
~ mulut bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari (tidak dalam tulisan);
~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar (peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yang dilakukan;
dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk (peribahasa) sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dengan betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya;
mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja (peribahasa) memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kepada orang yang tiada tentu;
bercakap
1. berkata, berbicara, bertutur:
perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yang pokok seperti kebebasan ~;
wakil kita pandai ~ sahaja;
2. berbahasa:
~ Melayu
3. berbual, berborak, bersembang;
bercakap-cakap
1. berbual-bual, beromong-omong;
2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu:
terpulanglah kepada sarjana-sarjana di Malaysia sendiri untuk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja;
mencakapi [arkaik] mengajak berkata (dengan), menegur, menyapa;
mencakapkan, mempercakapkan
1. membicarakan, memperkatakan:
O, itukah yang hendak dicakapkan tadi!;
apa yang dipercakapkan oleh orang dua beranak ini?
2. menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan:
kalau Idah cakapkan pada Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa;
3. mengucapkan, menyebuntukan, menggunakan bahasa:
bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih daripada 100 juta manusia;
percakapan, cakapan
1. pertuturan:
segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar;
2. pembicaraan, perbualan, perundingan:
kemudian daripada itu ~ antara kedua-duanya melarat kepada beberapa perkara yang lain;
3. apa-apa yang dicakapkan.