aken

(Biologi) buah kering yang tidak pecah semasa matang, berbiji tunggal dan mempunyai kulit biji yang boleh tercerai daripada perikarpanya, misalnya buah bunga matahari, salad dan strawberi.

akhbar

1. [Arab] (jamak bagi khabar) berita, warta;

2. surat khabar, harian;
~ tempatan surat khabar yang diterbitkan di dalam negeri atau wilayah tempat ia diedarkan.

akhir

1. kemudian sekali, penghabisan:
perkataan itu terdapat pada baris ~ halaman itu;
ikhtiarnya yang ~;
peringkat ~ pelaksanaan projek;
~ minggu
hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad);
~ musim penghujung musim;
~ zaman
a) [sastera lama] zaman sekarang ini;
b) penghabisan;

2. = ~ sekali =

terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali):
itulah kali ~ saya bertemu dengannya;

3. yang diadakan terkemudian sekali (sebagai penamat):
pertandingan ~;

akhirnya
1. = ~ kelak =

akhir-akhirnya

kesudahannya;

2. yang belakang sekali, belakang, kemudian (lawan awal):
dia merenungi pusaran hidupnya yang sukar dicari titik awal dan ~;
pada akhir-akhirnya ini
kebelakangan ini;
~ kelaknya [sastera lama] akhir-akhirnya;

akhir-akhir kebelakangan;
~ ini pada waktu kebelakangan ini;

berakhir
1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya:
mesyuarat telah ~;

2. = ~ dengan =

berakhirkan berkesudahan dengan:
pesta itu ~ dengan perkelahian;

mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan:
dia ~ pidatonya dengan ucapan, Merdeka!;
Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dengan doa yang panjang;

mengakhirkan
1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan:
dia ~ adiknya;

2. mengundurkan (waktu dan lain-lain):
~ jam;

terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali:
barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;

akhiran penambahan atau imbuhan pada akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pada perkataan seperti tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dan lain-lain);

berakhiran mempunyai akhiran;

keakhiran kesudahan, penghabisan:
ia sudah berada di titik ~ hidupnya;

keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian:
keterdahuluan dan ~ adanya alam;

pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan:
~ mesyuarat;

pengakhir sesuatu yang mengakhiri (menamatkan), penamat:
tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yang ini ~ kerja.

akhirat

[Arab] alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yang kekal (sesudah hari kiamat), alam yang baqa;
dunia ~
a) dunia dan akhirat;
b) (untuk) selama-lamanya:
minta maaf dunia ~;

keakhiratan segala sesuatu yang berkaitan dengan akhirat.

akhlak

[Arab] (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat:
anak itu sudah rosak ~nya;
ilmu ~
pengetahuan berkenaan kelakuan (tingkah laku) manusia;
pegawai ~ pegawai yang mengawasi anak-anak yang telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan;

berakhlak mempunyai akhlak:
kehidupan ~.