kesudahannya;
2. yang belakang sekali, belakang, kemudian (lawan awal):
dia merenungi pusaran hidupnya yang sukar dicari titik awal dan ~;
pada akhir-akhirnya ini kebelakangan ini;
~ kelaknya [sastera lama] akhir-akhirnya;
akhir-akhir kebelakangan;
~ ini pada waktu kebelakangan ini;
berakhir
1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya:
mesyuarat telah ~;
2. = ~ dengan =
berakhirkan berkesudahan dengan:
pesta itu ~ dengan perkelahian;
mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan:
dia ~ pidatonya dengan ucapan, Merdeka!;
Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dengan doa yang panjang;
mengakhirkan
1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan:
dia ~ adiknya;
2. mengundurkan (waktu dan lain-lain):
~ jam;
terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali:
barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;
akhiran penambahan atau imbuhan pada akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pada perkataan seperti tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dan lain-lain);
berakhiran mempunyai akhiran;
keakhiran kesudahan, penghabisan:
ia sudah berada di titik ~ hidupnya;
keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian:
keterdahuluan dan ~ adanya alam;
pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan:
~ mesyuarat;
pengakhir sesuatu yang mengakhiri (menamatkan), penamat:
tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yang ini ~ kerja.