= jambu ~ sejenis tumbuhan (pokok), jambu biji, Psikologidium guajava.
biaya
1. belanja, ongkos (untuk sesuatu):
selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain;
2. bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menutup sebahagian daripada perbelanjaan sesuatu pertubuhan dan lain-lain;
membiayai membelanjai, mengongkosi:
diperlukan modal dalam negeri untuk ~ perusahaan;
membiayakan membelanjakan, mengongkoskan:
maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu daripada mereka itu;
biayaan (yang) dibiayai oleh:
institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang;
pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai:
~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;
pembiaya orang atau pihak yang membiayai:
di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yang bertindak sebagai pelindung, penaung, dan ~nya.
bibi
1. [Indonesia] panggilan kepada orang perempuan yang agak tua, mak cik;
2. [sastera lama] panggilan kepada orang yang sudah bersuami, nyonya.
bibinda
bibi (lebih hormat).
bibir
1. salah satu daripada dua bahagian luar pinggir mulut;
2. tepi (cawan, mangkuk, dan lain-lain):
~ belanga;
~ cawan;
~ sumur ;
~ hutan;
~ jalan;
~ mata;
~ tabir;
~ telaga;
3. [kiasan] mulut, cakap (kata-kata dan lain-lain):
janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis;
berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut;
di ~ mata
a) di tepi mata;
b) di depan mata (dekat sekali);
di ~ sahaja di mulut sahaja;
panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dan lain-lain);
~ saya bukan diretak panas (peribahasa) kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sebagai yang diramalkan);
apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah (peribahasa) banyak janji, tetapi tidak ditepati;
jadi buah ~ (peribahasa) tidak lepas daripada sebutan orang;
menghapus ~ (peribahasa)
a) orang yang sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yang diharapkannya (sebab terlalai);
b)sampai ke perjamuan pada masa selesai;
panjang ~ orang memperkatakan si polan (peribahasa) tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yang tidak baik;
berbibir mempunyai bibir:
~ tebal.
bibit I
1. sesuatu untuk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan):
kacang itu sempat membiak ~ dalam masa beberapa bulan sahaja;
padi ~ padi untuk dijadikan benih;
2. sesuatu yang akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu:
kemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yang subur untuk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pada manusia;
pergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yang tiada taranya;
membibitkan menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dan sebagainya), menimbulkan, menerbitkan:
pertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua.
bibit II
membibit memegang (menjinjing) dengan jari:
barang itu harus dibungkus dan diikat dengan sempurna supaya senang dibibit dan dibawa pulang;
pembibit orang yang membibit sesuatu, pembimbit;
bimbit.
bibliofil
orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
bibliografi
1. senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang :
~ manuskrip Melayu Lama;
2. senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya.
bic
sejenis pokok besar daripada genus Fagus yang mempunyai daun berkilat dan kulit kayunya licin berwarna kelabu:
kayu ~.