1. salah satu daripada dua bahagian luar pinggir mulut;
2. tepi (cawan, mangkuk, dan lain-lain):
~ belanga;
~ cawan;
~ sumur ;
~ hutan;
~ jalan;
~ mata;
~ tabir;
~ telaga;
3. [kiasan] mulut, cakap (kata-kata dan lain-lain):
janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis;
berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut;
di ~ mata
a) di tepi mata;
b) di depan mata (dekat sekali);
di ~ sahaja di mulut sahaja;
panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dan lain-lain);
~ saya bukan diretak panas (peribahasa) kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sebagai yang diramalkan);
apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah (peribahasa) banyak janji, tetapi tidak ditepati;
jadi buah ~ (peribahasa) tidak lepas daripada sebutan orang;
menghapus ~ (peribahasa)
a) orang yang sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yang diharapkannya (sebab terlalai);
b)sampai ke perjamuan pada masa selesai;
panjang ~ orang memperkatakan si polan (peribahasa) tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yang tidak baik;
berbibir mempunyai bibir:
~ tebal.