1. sesuatu untuk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan):
kacang itu sempat membiak ~ dalam masa beberapa bulan sahaja;
padi ~ padi untuk dijadikan benih;
2. sesuatu yang akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu:
kemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yang subur untuk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pada manusia;
pergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yang tiada taranya;
membibitkan menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dan sebagainya), menimbulkan, menerbitkan:
pertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua.
berkongsi