bicara

1. pendapat:
benar sekali seperti kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita;

2. fikiran, muslihat, akal budi:
lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya;

3. mesyuarat:
setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau;

4. (ber)cakap, (ber)kata:
Maskam tidak banyak ~;

5. perkara di mahkamah:
dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;

berbicara
1. bercakap:
dia membiarkan sahaja suaminya itu ~;

2. bermesyuarat:
keputusan itu dicapai selepas mereka ~;

3. mengemukakan pendapat (fikiran dan lain-lain):
~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli;

membicarakan
1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan:
akan terbit pula sebuah buku yang ~ novel-novel sebelum perang;

2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah:
perkara itu harus diadukan kepada polis dan dibicarakan di mahkamah;

perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah:
bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir;

pembicaraan
1. percakapan, perbincangan:
~ mereka beralih kepada perkara lain;

2. [Indonesia] pengadilan perkara di muka hakim;

pembicara
1. orang yang berbicara (berceramah dan lain-lain);

2. [arkaik] pengacara, penasihat.

bicarawara

rancangan televisyen atau radio yang mengandungi temu bual antara hos dengan tetamu undangan berkaitan dengan tajuk tertentu, rancangan temu bual.

bicokok

[Jakarta]

1. sejenis buaya kecil;

2. [bahasa percakapan] pengikut penjahat, penjahat, penipu.

bida II

tawaran sejumlah bayaran (harga) tertentu oleh bakal pembeli dan sebagainya bagi sesuatu yang dijual, seperti dalam jualan lelong:
harga yang dibayarnya melebihi dua ~ daripada harga pasaran sebelumnya;

membida menawarkan harga tertentu untuk sesuatu (kontrak, kerja dan sebagainya):
dia sudah ~ kontrak bernilai RM 700 juta;

pembidaan perbuatan membida:
~ itu akan bermula sebentar lagi;

pembida orang (syarikat, firma dan sebagainya) yang membida.

bidaah

1. pembaruan, terutamanya dalam agama Islam ( ada yang diterima dan ada yang bercanggah dengan agama Islam);

2. pembohong, penipu.