~ tasik
a) sejenis tumbuhan (pokok belukar), lampin budak, mata kesang, taman (tambun) tasik, tenjal (tinjal) tasik, Clerodendron serratum;
b) sejenis tumbuhan (herba), berpulut, gembok, magun jantan, rumput gembut, Adenosma caeruleum;
c) sejenis tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing, rumput talan, ruku hutan, tasik-tasik, Adenosma capitatum.
timbal
timbang, banding, imbang;
~ balik
a) pada kedua-dua bahagian (belah, pihak, dan lain-lain);
b) daripada kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dan lain-lain), balas-membalas (tindakan, kesan, dan lain-lain):
cara hidup dan keperluan hidup manusia mempunyai perhubungan ~ balik antara satu sama lain;
c) [arkaik] terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir:
babi menggelupur ~ balik;
setimbal setimpal, seimbang, sepadan:
mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yang ~ dengan kebolehan mereka;
kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal, keseimbangan, kesepaduan:
perlu ada ~ antara beban kerja dengan upah yang diterima oleh pekerja;
bertimbal
1. berpadanan (sama tarafnya dan lain-lain), berimbang;
2. pada kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi);
~ balik timbal balik;
~ jalan di kiri kanan jalan (berkenaan (dengan) pokok dan lain-lain);
~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang;
bertimbalan
1. berimbangan (dengan), berpadanan (sama taraf atau kedudukannya dengan), beriringan:
maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dengan Raja Muda;
2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dan lain-lain), bersambutan;
menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dan lain-lain), mengimbangi, membanding-bandingi;
timbalan
1. penolong ketua dan lain-lain, naib:
~ ketua pengarang;
T~ Perdana Menteri;
2. imbangan, bandingan, tara, padanan;
penimbal pengimbang;
cadangan ~ (Ekonomi) cadangan (himpunan) bahan mentah untuk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut.
timbang
sama berat, imbang, timbal;
batu ~ benda yang digunakan untuk mengukur berat barang lain;
~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dan lain-lain);
~ tunai pembelian tunai;
setimbang
1. sama beratnya;
2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dan lain-lain):
manakan ~ anak raja dengan orang kebanyakan?;
3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dan lain-lain), sepadan, sebanding:
penghormatan yang diberi kepadanya ~ dengan jasanya kepada negara;
4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah):
keadaan tidak ~ dalam ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah;
setimbangan sesuai dengan;
menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dan lain-lain);
kesetimbangan
1. perihal (keadaan) setimbang, keseimbangan;
2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dan lain-lain), kestabilan (keadaan):
~ keadaan politik dan ekonomi;
bertimbang berimbang, bertimbal:
keuntungan itu ~ dengan kerugian; ~ rengka bertimbal rengka;
~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang);
~ tunai (peribahasa) menjawab dengan tepat;
bertimbang-timbang berkira-kira atau berfikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu):
Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu;
bertimbangan
1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian;
2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar;
~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab;
~ pandang bertukar pandang, saling berpandangan;
~ rasa bertimbang rasa, bersimpati. ~ tanda bertukar tanda (sebagai tanda sudah bertunang);
~ taruh menyamakan taruh (taruhan);
~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dan lain-lain);
menimbang
1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dengan menggunakan dacing dan lain-lain):
pekedai itu ~ gula sebanyak yang dikehendaki pembelinya;
2. memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu:
janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri;
~ perkara meneliti (mengadili) perkara;
3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan:
~ keadaan yang genting ini, tindakan harus diambil dengan tegas;
tahu ~ rasa
a) halus perasaan hatinya;
b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil;
~ sama berat (peribahasa) menghukum dengan adil;
timbang-menimbang
1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dan lain-lain), memikirkan berulang-ulang;
2. dengan memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa;
menimbangkan
1. menimbang;
2. = mempertimbangkan memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan dan lain-lain):
kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yang berkehendakkantanah;
kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan;
3. menimbang untuk;
mempertimbangkan
1. memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan dan lain-lain), menimbangkan;
2. memberikan untuk ditimbangkan, meminta untuk ditimbangkan:
peraduan novel itu dipertimbangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka;
timbangan
1. imbangan, banding, tara;
~ badan (nyawa) kekasih;
~ kira-kira keterangan yang menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira;
batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing;
2. alat untuk menimbang (seperti dacing dan lain-lain);
3. hasil menimbang, (ukuran) berat:
harga ditetapkan menurut berat ~ dacing;
kalau alat menimbang tidak baik, ~ yang tepat tidak akan diperoleh;
4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yang memperhitungkan buruk baik dan lain-lain sesuatu:
undang-undang hanyalah membuat ~ yang adil dan saksama antara hak seseorang dengan hak awam;
bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya);
terserah kepada ~nya sendiri ia sendiri yang harus memikirkan dan memutuskannya;
~nya berat sebelah (peribahasa) tidak adil;
pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dan lain-lain sesuatu perkara (masalah dan lain-lain), sebagai dasar sesuatu keputusan (tindakan dan lain-lain), timbangan, perhitungan, perhatian (penelitian):
seseorang pemberita haruslah mempergunakan ~ sendiri untuk menilai sesebuah berita;
permohonan itu masih dalam ~ kerajaan masih dalam perhatian (penelitian) kerajaan;
dewan ~ dewan penasihat;
penimbangan
1. perihal menimbang:
neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yang terlalu tepat ~ nya;
2. tempat menimbang barang;
penimbang
1. orang yang tugasnya menimbang, tukang timbang;
2. orang yang mempertimbangkan (meneliti) perkara dan lain-lain, penasihat:
Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua;
3. alat untuk menimbang berat sesuatu, timbangan:
selain daripada dacing digunakan juga alat ~ lain.
timbang rasa
perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dan lain-lain), simpati:
bantuan yang menandakan ~ terhadap orang-orang yang menderita;
bertimbang rasa menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dan lain-lain), bersimpati, berlaku adil.
timbang tara
(Undang-undang) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;
penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yang dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;
penimbang tara pihak ketiga yang menyelesaikan sesuatu pertelingkahan:
perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan diselesaikan dengan menggunakan ~.
timbau
rangka ~ rangka sambungan (tambahan) pada rangka utama;
menimbau menyambung (menambah dan lain-lain) untuk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dan lain-lain):
Selampit pun ~lah sebuah penjajap.
timbel
[Jawa] timah hitam.
timbre
[Indonesia-Belanda] warna suara.
timbrung
[Jawa] menimbrung campur tangan (dalam hal orang lain), turut serta berdebat (berkelahi dan lain-lain).
timbuk
[arkaik];
menimbuk
1. menampar, menepuk;
2. memukul telur dan sebagainya dengan kuat;
3. mengacau masakan berkuah sambil mencedok dan menuangnya kembali (untuk mengelakkannya daripada berketul, pecah minyak, dan sebagainya).