tikus I

sejenis binatang mengerip;
jenis-jenisnya:
~ air = ~ lembah, Rattus muelleri;
~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus;
~ rumah, Rattus rattus;
~ sawah
, Rattus argentiventer, dan lain-lain;
~ belanda sejenis binatang mengerip yang rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus;
dimakan ~
[bahasa percakapan] diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit;
awak ~ hendak menampar kepala kucing (peribahasa) tidak berdaya mencapai sesuatu yang dicita-citakan atau diharap-harapkan;
bagai ~ membaiki labu (peribahasa) orang yang mencuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya;
(labu) ditebuk (dikerebuk) ~ (peribahasa) gadis yang sudah dinodai;
marahkan ~, lengkiang dibakar (peribahasa) kerana sakit hati akan sesuatu yang kecil maka melakukan sesuatu yang mendatangkan kerugian besar;
rumah terbakar, ~ habis keluar (peribahasa) apabila negeri ditimpa sesuatu malapetaka, penduduknya daripada orang dagang pun keluarlah meninggalkannya;
seperti ~ jatuh ke beras (peribahasa) orang yang mendapat kedudukan yang mewah;
seperti ~ masuk roman (peribahasa) orang yang berasa kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diharapkannya;

menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dan lain-lain).

tikus II

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis;
rotan ~
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica.

tikus III

burung ~ sejenis burung, Locustella lanceolata;
lang ~
sejenis burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus.

tilam

lapik tidur yang dibuat daripada kain yang diisi dengan kabu-kabu dan lain-lain, kasur;
~ berspring tilam yang di dalamnya terdapat lingkaran spring;
~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yang dijahit pada beberapa tempat supaya padat (mampat);
kain ~ kain cadar, kain penutup tilam;
jatuh di atas ~ (peribahasa) beruntung kerana berkahwin dengan perempuan cantik serta kaya dan lain-lain;

bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur:
walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan;
~ air mata
[sastera lama] menangis ketika tidur (orang dalam percintaan);
~ pasir (peribahasa) tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat);

bertilamkan mempunyai (menggunakan dan sebagainya) sesuatu sebagai tilam:
~ susunan surat khabar.

tilan

sejenis ikan darat, Mastocembelus spp.;
~ pasir
sejenis ikan darat, belacak, Trypauchen vagina;
~ perayo
sejenis ikan darat, Kyphosus cinerescens.

tilapia

sejenis ikan darat, Macrognathus aculeatus;
~ rumput
sejenis ikan darat, Tilapia mossambica.

tilde

lambang (~) seperti yang digunakan di dalam sesebuah kamus sebagai pengganti kata masukan pada bahagian tertentu sesuatu entri.

tilik

pelihatan (yang teliti dan sungguh-sungguh), tenung;
kurang ~ kurang selidik, kurang teliti;
pada ~nya pada pelihatannya, pada fikirannya (pandangannya);
tukang ~ orang yang meramalkan sesuatu (seperti nasib orang dan lain-lain), jurutenung;

menilik
1. melihat (mengkaji) dengan teliti, mengamat-amati:
dibukanya album itu, ditiliknya gambar-gambar di dalamnya satu persatu;

2. melihat nasib (untung malang orang dan lain-lain), merenung, meramalkan sesuatu, menelah:
ia konon pandai ~ , kita suruh lihat benarkah khabar orang itu;
~ ketika
menelah baik buruk waktu dengan berpandukan sesuatu perhitungan;
~ nujum menelah sesuatu dengan berpandukan bintang;

3. mengawal, mengawasi, mengendalikan, menjaga:
lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu;

4. menganggap (sebagai), menyifatkan (sebagai);

5. = ~ kepada = ditilik daripada (kalau) memandang (mengingat) …, (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) daripada …:
~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin;
kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi;

6. menengok, mengunjungi:
aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabarnya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi;

tilik-menilik
1. saling menilik;

2. perihal menilik;
ilmu ~ ilmu tenung;

tilikan
1. pandangan, pelihatan:
licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan;

2. tenungan, ramalan, telahan:
~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah berlaku;

3. = penilikan pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan:
Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~ nya dan pimpinannya;

penilikan
1. perihal atau perbuatan dan sebagainya menilik (menenung, meramal):
beberapa orang pawang mengatakan dari ~ mereka si Tenggang masih hidup;

2. tilikan, pengawasan, kawalan:
di bawah ~ di bawah kawalan;

3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, penelitian;
~ sains penelitian sains;
pada ~nya pada pandangannya (pendapatnya);

penilik
1. pengawas (sekolah dan lain-lain), pengawal:
sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pada waktu-waktu tertentu;

2. orang yang menilik (menenung, meramal):
datuk saya sebenarnya terkenal sebagai ~ barang-barang yang hilang;

3. [sastera lama] tepat tiliknya (tenungnya).