tim I

nasi ~ nasi yang lembik (yang dimasak dengan cara yang tertentu);

mengetim
1. memasak nasi tim (dengan merebus beras yang diisi dalam suatu bekas dan diletakkan dalam kuali yang berisi air);

2. merebus (daging dan lain-lain) hingga lembut;

pengetiman perbuatan mengetim;

petiman alat untuk memasak nasi tim.

timah I

sejenis logam yang berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sebagai sadur bagi besi dan lain-lain);
~ hitam sejenis logam yang agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan;
~ lanar timah yang berselaput dengan lanar;
~ putih kepingan besi yang disadur dengan timah;
~ sari zink;
~ wurung bismut;
dahulu ~ sekarang besi (peribahasa) perihal orang yang turun pangkatnya (darjatnya dan lain-lain).

timah II

= timah-timah sejenis ikan laut, selayur, Trichiurus spp.;
kepala ~
sejenis ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax.

timah-timah

1. sejenis tumbuhan (pokok), titimah, me(n)sirah, mesirah bukit (putih), Ilex cymosa;

2. = ~ bulan = ~ gading sejenis tumbuhan (pokok), titimah bulan (gading, jantan), bunga keling padang, medang teluk, Ilex macrophylla.

timang I

menimang, menimang-nimang
1. memegang anak dengan kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit:
ibu itu ~ anaknya;

2. meletakkan sesuatu pada tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah:
ia menimang-nimang gelang emas itu untuk mengagak beratnya;

3. menimbang-nimbang (mempertimbangkan), memikirkan baik-baik:
~ buruk baik sesuatu rancangan;
belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur
(peribahasa) sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud;

menimangkan [sastera lama] mengangkat, mempertimbangkan:
maka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan;

timangan, timang-timangan
1. = anak ~ anak yang sangat dikasihi atau dimanjakan;

2. = nama ~ nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir, gelaran:
namanya Saliah, juga dipanggil comel sebagai nama timang-timangan sejak kecil.

timba I

sejenis bekas untuk mencedok air di perigi dan lain-lain;
~ ruang
a) timba untuk membuang air di perahu;
b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu;
diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting (peribahasa) jangan diulang-ulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga;

bertimba menggunakan timba, sedang mengambil air dengan menggunakan timba;
~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising);
~ wang [Minangkabau] hidup senang (mewah);

bertimbakan menggunakan sesuatu sebagai timba:
mandi ~ sebiji besen kecil;

menimba
1. mencedok air (daripada perigi dan lain-lain) dengan timba:
kebun-kebun yang hampir dengan tebing sungai boleh diairi dengan ~ air daripada sungai;

2. membuang (mengeringkan) air di perahu dan lain-lain:
maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti;

3. [kiasan] mengambil, memperoleh (pengetahuan dan lain-lain), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dan sebagainya) daripada sesuatu sumber:
pidatonya sangat meyakinkan, ditimba daripada pengalaman sendiri;
ini adalah sumber-sumber penting yang mesti ditimba;
mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan kata-kata bahasa daerah bukan Melayu;

tertimba dapat ditimba;
tiada ~ tiada dapat ditimba;

penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) menimba:
~ ilmu moden;

penimba
1. alat untuk menimba;

2. orang yang menimba (air, ilmu dan lain-lain):
~ ilmu.