tikar

sejenis hamparan daripada anyaman daun mengkuang dan lain-lain yang dibentangkan sebagai alas duduk (tidur dan lain-lain);
~ bangkar sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ bantal tikar dan bantal (segala alat untuk tidur);
~ getah
a) sejenis tikar kecil daripada getah (untuk lapik tidur bagi kanak-kanak);
b) sejenis tikar yang dibuat daripada bahan buatan untuk melapis lantai;
~ ladang sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ pacar tikar yang berwarna;
~ putih tikar yang tidak berwarna atau bercorak;
~ rumput sejenis tikar yang dibuat daripada rami (menerung, pisang, dan lain-lain);
~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dan lain-lain) yang digunakan sebagai tempat sembahyang;
ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ (peribahasa) berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal;

bertikar mempunyai atau ditutupi tikar:
mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yang tidak ~ itu;

bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai tikar:
kami ditempatkan di sebuah pondok yang beratap rumbia dan ~ buluh.

tikas

1. deretan sampah-sarap (lumut dan lain-lain) yang ditinggalkan di pantai oleh air pasang;

2. tanda paras air di pantai dan lain-lain:
~ air didapati pada takat berbahaya selepas hujan lebat selama beberapa jam;
~ pasang (Geografi) bekas air pasang;
~ surut (Geografi) bekas air surut;

3. bekas, tekanan, kesan.

tiket

kertas atau kad kecil bercetak yang diberikan kepada seseorang untuk menandakan pemegangnya telah membuat bayaran untuk sesuatu perkhidmatan, seperti untuk menaiki bas dan menonton wayang, karcis:
~ kereta api, ~ wayang.

tikim

[Jakarta] sejenis tumbuhan (herba yang daunnya boleh dimakan), kara-kara, pegaga embun, ulam gunung, Hydrocotyle sibthorpioides.

tikis

[Kelantan];

menikis memangkah (dalam permainan guli, gasing, dan lain-lain).