(Biologi) salah satu tulang yang bersendi dengan lutut dan tulang pergelangan kaki.
tidak
digunakan untuk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dan sebagainya), tiada, tak:
rumah saya ~ jauh dari sini;
cerita itu ~ benar;
~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak;
~ apa
a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu;
b) tidak mengapa;
~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dan lain-lain);
~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah)
a) tidak lain daripada …;
b) hanya;
~ (tak) main [bahasa percakapan] tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu;
~ sekali-kali sedikit pun tidak;
~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak;
baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya;
dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya;
jangan ~
a) tidak boleh tidak, harus;
b) tidak dengan sungguh-sungguh;
tidak-tidak (yang) bukan-bukan, (yang) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dan lain-lain):
terbitlah berbagai-bagai perkataan yang ~, yang boleh membingungkan dan menyusahkan hati;
setidaknya, setidak-tidaknya
1. sekurang-kurangnya:
kalau tidak dapat memberi berapa yang diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yang boleh;
2. barang sedikit (mesti…);
3. bagaimanapun (mesti…);
bertidak mengatakan tidak, menafikan:
anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu;
menidakkan, mempertidak, mempertidakkan menjadikan (menganggap, mengatakan, dan lain-lain) tidak ada, meniadakan:
kpada mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar;
dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang;
ketidak…an perihal tidak…;
ketidakadilan perihal tidak adil;
ketidakpastian perihal tidak pasti;
ketidaksungguhan perihal tidak sungguh-sungguh;
ketidakupayaan perihal tidak berupaya.
tidur
1. dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam (kerana berehat):
siang bekerja malam ~;
~ (-tidur) ayam tidur yang tidak lena (mudah terjaga);
~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejuntukan);
~ mati tidur dengan sangat lenanya;
baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yang khusus dipakai untuk tidur, pijama;
bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur;
kaki (tukang) ~ [bahasa percakapan] (orang yang) sangat suka atau sangat mudah tidur;
penyakit ~ sejenis penyakit yang menyebabkan orang yang menghidapnya selalu hendak tidur;
tempat ~
a) bilik (bangunan) tempat orang tidur;
b) ranjang;
ubat ~ = penidur ubat yang menyebabkan tidur;
2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi untuk) berehat dengan memejamkan mata dan tidak sedar diri:
biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ;
3.
a) berbaring;
b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dan lain-lain);
~ tak lelap, makan tak kenyang (peribahasa) perihal orang yang tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dan lain-lain);
bagai ~ di atas miang (enjelai) (peribahasa) perihal orang yang sangat gelisah (kerana banyak perkara yang difikirkannya dan lain-lain);
meniduri
1. tidur (berbaring) di:
di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya;
2. bersetubuh dengan, menyetubuhi;
menidurkan
1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur:
sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang;
2. membaringkan, merebahkan:
kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi;
3. [kiasan] menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dan lain-lain), melalaikan:
janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yang sudah mulai sedar sekarang;
4. menyembuhkan (menghilangkan dan lain-lain) dengan tidur:
~ pening kepala;
tertidur
1. (sudah) tidur:
dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~;
2. mulai tidur:
kian lama mata bapa kian pudar, dia ~;
3. dengan tidak sengaja tidur:
kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya;
ketiduran
1. = tempat ~ tempat tidur:
nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dari ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya;
2. tertidur (dengan tidak sengaja), lama sungguh tidur;
ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur);
setiduran = seketiduran;
seketiduran
1. setempat tidur, tidur bersama-sama;
selapik ~ (sahabat) sangat karib;
2. teman tidur;
berseketiduran
1. tidur bersama di suatu bilik (katil dan lain-lain);
2. bersetubuh;
petiduran tempat tidur;
penidur
1. (orang yang) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur;
2. = ubat ~ ubat (pil dan lain-lain) yang menyebabkan tidur lena.
tifa
sejenis gendang kecil (Maluku).
tifoid
(Perubatan) sejenis penyakit usus yang mudah berjangkit.
tifus
(Perubatan) demam yang berbahaya disebabkan oleh virus Rickettsia (yang akan menyebabkan penghidapnya meracau dan sakit kepala).
tiga I
satu kurang daripada empat;
~ belas tiga campur sepuluh (13);
~ dimensi bentuk yang mempunyai lebar, panjang dan tinggi;
~ dalam satu terdiri daripada atau mempunyai tiga bahan, fungsi dan sebagainya dalam sesuatu barangan, kegiatan dan lain-lain;
~ puluh tiga kali sepuluh (30);
~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yang moyang mereka adik-beradik;
~ suku
a) tiga bahagian daripada empat, 75%;
b) [kiasan] agak gila, gila-gilaan;
~ sudah berdiri habis (peribahasa) sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran;
masuk ~ keluar empat (peribahasa) perbelanjaan melebihi pendapatan;
tiga-tigasetiap kali (baris, kelompok dan sebagainya) tiga:
letakkan cawan itu ~;
bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan:
mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring;
mereka tinggal ~ beranak di pondok itu;
meniga menjadi yang ketiga;
~ hari mengadakan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang;
ketiga = yang ~ (yang) nombor tiga:
anaknya yang pertama menjadi doktor, yang kedua seorang peguam dan yang ~ seorang jurutera;
ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dan lain-lain), kesemua bertiga:
maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa;
~ orang dalam kumpulan itu serentak mengangguk;
pertiga bahagian daripada sejumlah tiga bahagian;
sepertiga satu pertiga, satu bahagian daripada jumlah tiga bahagian, 33% (daripada sesuatu bilangan dan lain-lain);
mempertiga membahagi tiga;
sepertigaan [arkaik] satu daripada tiga bahagian;
~ malam (yang akhir) larut malam (selepas tengah malam).
tiga II
akar ~ cabang = cabang ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica;
rumput ~ segi sejenis tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus.
tigari
[bahasa percakapan] tiga hari;
menigari meniga hari.
tihang
[arkaik] tiang.