mahkota berbentuk separuh bulat dan bertatah intan permata.
tiarap
bertiarap = meniarap;
meniarap berbaring dengan dada dan perut di bawah, menelungkup (lawan menelentang):
ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal;
meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dan lain-lain) dengan bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan:
Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing;
ia ~ pinggan mangkuk yang baru dicuci supaya kering;
tertiarap jatuh, rebah, dan lain-lain dengan bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap:
dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung;
biar tersenget jangan ~ (peribahasa) lebih baik rugi sedikit daripada habis semua sekali.
tias
~ mula sejenis tumbuhan (pokok), beberas, kamap, kemap-kemap, pauh kijang jantan, petaling gajah, selimbar, selumar, Homalium logifolium.
tiasa
sentiasa.
tib
[Arab]
1. = ilmu ~ ilmu mengenai ubat-ubatan;
2. = kitab ~ kitab mengenai ubat-ubatan.
tiba
1. sampai (di), datang:
apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yang turun;
mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan ~;
2. sudah sampai (waktu dan lain-lain), sudah mulai:
setelah ~lah masanya;
kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli;
setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba:
~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO;
ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan:
~ Nabi di Madinah disambut dengan sangat meriahnya.
tiba-tiba
dengan tidak disangka-sangka, dengan mendadak, sekonyong-konyong:
sebuah kereta berhenti dengan ~ di hadapan mereka;
hujan turun dengan ~ .
tibai
1. [bahasa percakapan] gasak, hentam, bantai;
2. [Kedah] pukul, balun.
tiban
[Kelantan];
meniban memukul, menghentam.
tibi
penyakit batuk kering, TB.