[Kedah] terburai.
beramin
bakul ~ sejenis bakul yang digantungkan supaya tidak dapat dihinggapi tikus.
beran
[Kedah] bintik-bintik merah pada badan semasa kena demam campak.
berancai
terberancai cerai-berai, terbongkar (terombak):
basikal itu ~.
beranda
1. ruang terbuka yang berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah:
kerusi dan meja telah teratur di ~ muka untuk menerima tetamu;
2. [arkaik] sejenis bilik dalam perahu.
berandal
[Jawa] pengganas, penjahat, perompak;
memberandal berbuat jahat, ganas.
berandang
nyata (tampak), mudah tampak.
berang
marah (yang amat sangat), gusar:
ia masuk dengan muka yang ~;
Hasyim membentak dengan ~;
memberang menjadi sangat marah:
tidak diduga sama sekali abangnya akan ~ begitu rupa;
memberangi memarahi;
keberangan perasaan marah yang amat sangat, kegusaran:
dia terketar-ketar ~;
pemberang pemarah.
berang-berang
sejenis binatang, anjing air, Lutra sumatrana;
= memerang.
berangai
[arkaik];
mati ~ mati suri (kelihatan sudah mati tetapi sebenarnya tidak);
perahu ~ sejenis perahu perompak.