[Jakarta] bintang beralih.
berak
bk
1. najis yang keluar dari dubur, tahi;
2. buang air besar;
~ air buang air besar yang cair;
~ darah buang air besar dengan mengeluarkan darah;
siapa mengaku ~ di tengah jalan (peribahasa) apabila sesuatu kejahatan yang dibuat secara sulit diketahui orang, yang membuatnya tidak akan mengaku;
memberaki
1. membuang air besar pada, mengotori dengan najis:
~ tempat makan sendiri;
2. ki menipu, mengkhianati:
~ kawan sendiri;
3. ki menghinakan dengan sangat;
terberak terkeluar najis (tahi), berak:
kerana terlalu banyak makan asam, dia ~ dalam seluar;
terberak-berak terlalu kerap berak:
dia ~ kerana makan asam terlalu banyak .
berakah
[sastera lama] cakap besar, sombong:
yang pertama masuk, Tun Isap namanya, ialah menghulu-hulukan orang masuk itu dengan pantasnya, tetapi sekali juga ia masuk tiada lagi masuk, takut ia, dinamai orang Tun Isap B~.
beraksa I
= pokok ~ = kayu ~ sejenis pokok beringin;
= beksa, bereksa.
beraksa II
= kuda ~ [sastera lama] kuda yang dapat terbang.
berakya
[Kelantan] nakal, jahat.
beram
sejenis minuman keras (air tapai).
berambang
[Jawa] bawang merah.
berambi
[Kelantan] berhati-hati, beringat-ingat, cermat, teliti.
berambung
sejenis tumbuhan (pokok), merambung bukit, Vernonia javanica.