sejenis tumbuhan (pokok);
~ antah sejenis tumbuhan (pokok), Quercus oidocarpa;
~ bukit = ~ duri sejenis tumbuhan (pokok), Castanopsis megacarpa;
~ landak sejenis tumbuhan (pokok), Quercus spicata;
~ makan = ~ padi sejenis tumbuhan (pokok) castonopsis inermis;
akar ~, sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kayu laka, Dalbergia parviflora.
berangan II
racun tikus.
berangas
sejenis siput kecil yang melekat pada kayu dalam air laut.
berangasan
[Jawa] mudah naik darah, pemarah.
berangsang
memberangsang amat marah, menunjukkan kemarahan (seseorang), memarahi:
Awak ini betul bodoh, ia ~ ke telinga orang itu;
memberangsangkan
1. membangkitkan keberanian (semangat dan lain-lain), memberanikan:
ia sukacita mendengar kata-kata tabib yang ~ hatinya;
2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah);
pemberangsang
1. pemarah;
2. minuman (makanan) untuk memberangsangkan;
= rangsang I.
berangta
[Jawa], [sastera lama] berahi, (jatuh) cinta.
berangus
[Indonesia] salut muncung anjing (agar tidak dapat menggigit), berongsong;
memberangus
1. membungkus muncung anjing dengan berangus, memberongsong;
2. [kiasan] melarang akhbar diterbitkan, melarang orang bercakap (menyatakan pendapat);
pemberangusan perihal (perbuatan, tindakan) memberangus.
berani I
1. gagah (bukan pengecut), perkasa:
adikku ialah seorang yang ~;
2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dan lain-lain):
fikiran ini tidak ada orang yang ~ menafikan;
~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut);
~ mati tidak takut mati;
~ udang tidak tetap hati, cemas hati;
barisan (pasukan) ~ mati tentera yang berani mengorbankan jiwanya;
~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati (peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian;
~ malu, takut mati (peribahasa) pengecut;
~ menjual, ~ membeli (peribahasa)
a) apa-apa yang dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain);
b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga;
~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan (peribahasa) tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan;
memberanikan
1. memberangsangkan, menggalakkan:
kemenangan itu ~ lagi orang-orang Islam;
2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani:
Saya tidak akan bimbang dengan tidak bersebab, katanya dengan hati yang diberani-beranikan;
keberanian kegagahan, keperkasaan:
dia mendapat pangkat itu dengan ~ dan pengorbanan;
pemberani sangat berani, orang yang sangat berani.
berani II
batu ~ = besi ~ besi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik);
= semberani II.
beranta
sejenis perahu sungai.