(Kimia) sejenis cecair yang tidak berwarna, beracun, diperoleh daripada petroleum, digunakan sebagai pelarut dan untuk membuat bahan kimia lain (seperti racun serangga).
benzin
= minyak ~
1. petrol:
derum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung;
2. sejenis minyak tanah:
minyak ~ lampu gasolin itu yang mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api.
benzina
(Kimia) campuran hasil sulingan petroleum, yang mudah meruap dan mudah terbakar, digunakan terutamanya sebagai pelarut atau bahan api motor. beo (bo) = burung ~ sejenis burung yang dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;
membeo meniru perkataan (cakap) orang lain:
jangan engkau ~ orang sahaja;
pembeo orang yang membeo (meniru orang lain).
bepang , bepa
sejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut.
bera I
1. merah yang agak hitam pada muka (kerana malu dan lain-lain);
2. malu, aib;
membera dengan muka yang merah (kerana malu dan lain-lain).
bera II
[Perak] hitam legam.
bera III
[Kelantan] bunyi seperti bunyi benda-benda halus (beras, pasir, dan lain-lain) ditabur.
berabe
berabai [Indonesia] rumit, sukar (mengerjakan sesuatu dan lain-lain), berselok-belok.
berahi
1. kasih (cinta) yang amat sangat:
makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya;
2. rasa suka akan seseorang (dengan bernafsu), ghairah:
daripada matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu;
3. sangat suka:
~ berceloteh dan berleter;
~ mendengar bunyi-bunyian;
memberahikan
1. mencintai dengan amat sangat, berahi akan:
laksamana dalam negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan;
2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan:
Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yang ~;
keberahian perihal berahi, keghairahan;
pemberahi orang yang mudah berahi.
berai
cerai-~ bercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah;
berberai bercerai, berpecah, berpisah:
sebagai pemimpin, kamu harus cuba memelihara keutuhan umat agar tidak ~;
berberaian berceraian, bercerai-cerai:
laungan itu bergema dan ~ pecahannya;
memberai-beraikan
1. mencerai-ceraikan, memecah-mecahkan, memisah-misahkan;
2. menyebarkan (khabar);
cerai.