bk
1. najis yang keluar dari dubur, tahi;
2. buang air besar;
~ air buang air besar yang cair;
~ darah buang air besar dengan mengeluarkan darah;
siapa mengaku ~ di tengah jalan (peribahasa) apabila sesuatu kejahatan yang dibuat secara sulit diketahui orang, yang membuatnya tidak akan mengaku;
memberaki
1. membuang air besar pada, mengotori dengan najis:
~ tempat makan sendiri;
2. ki menipu, mengkhianati:
~ kawan sendiri;
3. ki menghinakan dengan sangat;
terberak terkeluar najis (tahi), berak:
kerana terlalu banyak makan asam, dia ~ dalam seluar;
terberak-berak terlalu kerap berak:
dia ~ kerana makan asam terlalu banyak .
berkongsi