benet

bayonet;

berbenet mempunyai atau membawa benet:
dia ditahan oleh seorang polis hutan yang dilengkapi dengan senapang ~.

beng

[bahasa percakapan] (berkenaan (dengan) minuman) dibubuhi air batu (ais):
teh O ~;
kopi O ~.

bengal

1. pekak sebentar kerana kena tampar dan lain-lain;

2. bingung, teringa-inga (kerana sakit dan lain-lain):
kepala saya masih ~ lagi;

3. tidak mendengar kata orang, keras kepala;

4. [Jakarta] nakal, jahat.

bengang I

= terbengang ternganga, terbuka besar-besar;
buah ~ buah yang terbelah dua kalau masak;
~ sebelah terbuka sebelah untuk mengeluarkan bijinya (buah);
kena si ~ terdiam kerana hairan;

membengang mengangakan, me

bengang II

1. berdesing dalam telinga, berdengung dalam telinga;

2. [bahasa percakapan] geram dan sakit hati:
aku ~ betul melihat telatahnya;

3. buntu:
kepalanya ~ memikirkan masalah itu.

bengap

1. pekak (kerana masuk air dalam telinga dan lain-lain);

2. tidak nyaring atau jernih bunyi (wang syiling dan lain-lain);

3. sukar bercakap (kerana malu dan lain-lain), gagap;

4. bodoh kerana sukar mengerti dan mempelajari sesuatu:
kalau ~ sangat, tentu ITM tidak menerimakau.